Kisah Hidup Part 2


Assalammualaikum and Hello
Hari ini merupakan hari terakhir pada bulan Febuari .
28 . 02 . 2013
Masa berlalu sepantas kilat,
 hari berlalu tanpa kita sedari,
 umur meningkat tanpa kita ketahui,
&
  kita membesar sekelip mata. 
Umur aku akan genap 20 tahun pada tahun hadapan . 
Maka sekarang aku bersusah payah dahulu untuk mencapai apa yang dihajati pada masa yang akan datang. 
Hari ini terbit ilham dihati untuk mencoret apa yang sedang aku lalui sekarang ini. 
" Kehidupan bersama-sama PBS "
Banyak kali aku mengeluh terhadap PBS. 
Banyak kali juga aku terasa untuk berputus asa untuk mengambil subjek Tingkatan 6. 
Namun aku rasa kesusahan yang telah aku lalui sewaktu sem 1 hanyalah sia-sia sekiranya aku berhenti setengah jalan . 
Maka, aku bertekad dalam diri untuk 'redah' sahaja onak duri yang berlaku sepanjang berlangsungnya PBS ini.

PBS merupakan satu inisiatif yang baharu ditubuhkan pada tahun ini untuk pelajar Tingkatan 6.
PBS merupakan satu cabang kemahiran untuk mencari maklumat serta kajian yang mendalam terhadap satu tema yang dipilih oleh setiap calon Tingkatan 6. 
PBS ialah Penilaian Berasaskan Sekolah . 

Kehidupan aku semakin lama, semakin kelam kabut kerana PBS . 
Aku rasa dah lebih daripada 5 kali aku tukar proposal untuk subjek Sejarah . 
Dan banyak kali juga aku mengeluh sebab cikgu asyik menegur tentang kesalahan proposal yang telah dihantar untuk semakan guru.
Tapi, aku pujuk hati yang agak sedikit terguris ini dengan kata ;
" Allah sayang aku. Sebab itu dia bagi dugaan dekat aku. Aku hamba biasa yang selalu buat kesilapan. Cikgu marah untuk aku berjaya ... Ya, dengan kesabaran InsyaAllah suatu hari nanti aku akan berjaya ."

Hanya dengan kata-kata ini aku bertahan .
Aku kadang-kadang tertekan . 
Aku kadang-kadang terleka. 
Aku kadang-kadang tak ambil peduli apa yang telah dikatakan guru semasa aku menjalankan proses PBS ini .
Namun, aku perlu sedar, untuk berjaya mesti banyak halangannya. 
Tidak mudah untuk mencapai sesuatu kejayaan tetapi sangat mudah untuk menjadi seorang yang gagal.
Aku perlu tekun. 
Aku perlu lipat gandakan usaha kerana aku bukan pelajar bijak yang dapat menerima input yang telah diajar oleh guru secara langsung. 
Aku perlu bertahan untuk berjaya . 
Aku hendak berjaya kerana Allah SWT . 
Aku hendak berjaya untuk gembirakan hati mak abah . 
Serta, aku hendak berjaya disebabkan oleh dia, ya dia.
 Yang berada jauh terpisah dan menunggu aku dialam sana. 

Popular Posts