Program Diet ?!


Maiiiigad, mak dah start untuk push aku untuk kurus. 
Yeah, perasaan dikala terpaksa menjamu selera dengan sayur-sayuran yang penuh satu meja makan sangatlah 'bahagia'.
Seperti mereka-mereka atau kenalan yang mengenali aku, aku bukanlah seorang yang rupawan lagi cantik jelita. 
Aku hanyalah seorang wanita biasa yang mempunyai tabiat makan yang sangat luar biasa. 
Korang boleh gelak atau buat muka depan laptop atau apa-apa saja . 
Aku beritahu yang kebenaran. 
Tepulanglah untuk mempercayainya atau tidak. 
Aku tidak kurus dan aku jugak agak pendek. 
Bukan agak pendek. Aku memang pendek. 
Walaupun berumur 19 tahun, ketinggian aku hanyalah 153.5 cm sahaja. 
BMI aku tak normal. 
Senang cerita aku agak 'heavy weight'. 
Aku tak suka orang paksa aku untuk membuat sesuatu perkara. 
Aku selalu nak buat kerja dengan hati yang ikhlas dan sepenuh hati sebab kalau difikirkan, bila buat sesuatu benda dengan separuh hati, mesti tak menjadi. 
Pasal program diet ini, mak dah reka dari A-Z apa yang aku perlu buat. 
Bukan aku tak boleh buat tapi aku memang tak suka orang sekat makanan. 
Bak kata abah aku 'rezeki jangan ditolak tepi sebab nanti satu hari rezeki akan merajuk dengan kita'. 
Aku suka makan dan aku sangat benci membuat aktiviti luar. 
Serious aku cakap. 
Untuk tengok muka aku kat luar pun tak semestinya boleh nampak. 
Kecuali untuk pergi melancong atau 'trip' mana-mana sebab aku suka mendalami sesuatu budaya di negara yang lain. 
Tabiat buruk aku lagi satu adalah aku. benci. bersenam. sangat-sangat. 
Untuk angkat raket badminton pun aku rasa sangatlah payah. 
Sebab itu berat aku abnormal -,-
Tapi, siapa yang tidak mahu kurus kan ?
Semua usaha terletak dalam diri seseorang. 
Aku teringin sangat nak kurus.
Dulu aku tak pernah peduli pasal fizikal aku apa semua. 
Tapi, sejak dah meningkat dewasa aku dah mula tertanya-tanya kenapa aku tak pernah menjaga tubuh badan aku dengan baik ? 
Kenapa aku tak jaga amanah Allah dengan baik ?
Kenapa aku selalu bagi makanan tidak berkhasiat masuk ke dalam tubuh badan aku ?
Sebab itu, mulai saat ini dan juga mulai hari ini, aku ingin maju. 
Aku ingin jaga aku punya permakanan dan juga aku akan sentiasa bersenam untuk kekalkan cara hidup sihat yang pernah aku alami dulu. 
InsyaAllah sedikit demi sedikit aku akan berubah.
Aku akan tinggalkan tabiat buruk aku dan akan mula menjadi seorang yang mengamalkan cara hidup sihat. 
Walaupun aku jamin akan susah meninggalkan tabiat yang buruk dan yang biasa aku lakukan, aku akan cuba yang terbaik untuk mencuba mak punya program diet. 
Semua perubahan terletak dalam diri aku. 
Samada nak cuba atau tidak. 
Doakan aku agar tidak berubah hati dan tetap teguh untuk menghadapi cabaran diet yang mak aku buat. 

p/s- walaupun aku gemuk, aku tetap kurus di hati ;)

Popular Posts