Buku


Assalammualaikum. Disebabkan aku boring serta mak dan abah pegi shopping date dua orang tinggalkan aku dalam rumah sorang-sorang maka aku nak bercerita tentang buku. Kebanyakkan penduduk bumi merasakan bahawa membaca merupakan salah satu perkara yang membosankan namun bagi aku buku adalah satu kemestian bila aku tak ada buat menda dekat rumah. Sebab aku telah pun menjadi anak tunggal maka buku jadi peneman setia. Tapi percayalah aku seorang yang penakut dan pengecut so aku tak ada la beria baca buku cerita seseram dan seangkatan dengannya. Tapi baru-baru neyh aku cekalkan hati untuk baca buku keluaran 'lejen press'. Semua buku daripada syarikat ini mengeluarkan buku bercirikan seram komedi. Aku takutlah jugak nak baca sebab mana tahu malam-malam nanti aku teringat cerita yang aku baca dan terkeluar dalam mimpi -..-  tak ke naya aku nanti. Dah la aku tidur seorang lagi la aku takut. Namun aku beranikan diri sebab dalam hidup ini kelak aku kena berhadapan dengan pelbagai lagi cabaran. Kann ? Aku baca buku 'langit nan gelap' ini dan aku berpendapat bahawa buku ini memang awesome ! Kelakau gila dan tak ada la seram mana. Tapi ada juga part yang aku skip baca sebab meremang bulu roma kan, dan aku tak baca part itu. Overall, buku ini tak membosankan langsung. Aku gelak dari atas katil sampai turun bawah lantai. Pembawakan plot cerita dalam buku ini smooth gila. Good job bagi penulis buku ini 'Remanshah' kerana bawa aku ke satu alam misteri yang manusia selalu tak paham kewujudannya. Lagi satu buku ini bercirikan cerpen. So cerita dia pendek-pendek dan kita sebagai pembaca akan mudah faham tentang jalan cerita yang ingin disampaikan. Aku rasa itu je la yang aku nak cerita pada hari ini. Sekian.

Popular Posts