Diari ; 06102013


Sebab aku dah tak ada kawan nak cakap. Nak luahkan perasaan. Memang bukan kehendak aku untuk membisu cuma perkataan tidak terluah dari mulut. Aku cuba. Aku cuba untuk bukakan hati ini pada orang lain namun ianya tertutup rapat dan mungkin selama-lamanya begitu. Tiada siapa cuba selami aku. Memahami aku. Mereka hanya memandang sahaja aku terkapai-kapai terjerat dalam dunia sendiri. Aku sedang membesar dan aku sedang melalui satu proses yang sangat sukar untuk mencari identiti aku sendiri. Mungkin aku tidak lagi jadi periang seperti dulu. Yang ceria dan tersenyum. Aku banyak berfikir dan aku tak tahu arah tuju aku dimana. Aku sesat dimana aku tidak tahu pemikiran aku berada dimana. Hanya jasad kaku sahaja memandang orang sini sana. Pernah satu ketika aku ingin lari. Lari dari dunia. Daripada pandangan sinis orang. Dari orang ramai yang hanya mensia-siakan aku sahaja. Mereka menyalahkan aku atas apa jua perkara. Mereka memprovoke aku bagai aku tiada perasaan. Aku manusia. Mereka juga manusia tetapi aku punya jiwa halus yang mudah hancur dengan kata-kata. Mereka tidak tahu itu. Ya. Mereka tidak tahu. Aku hanya diam seribu kata. Aku tidak tahu untuk luahkan dari mana. Aku rindu. Aku rindu seseorang yang mungkin dah dimamah tanah wajahnya. Dimana aku tidak lagi berjumpa dengannya. Dimana aku dan dia jauh dari dunia yang berbeza. Dialah sahabat yang menemani aku yang datangnya dari rahim yang sama. Namun aku tidak akan berjumpa lagi dengannya untuk selama-lamanya.

Popular Posts