Luahan hati seorang yang rendah diri.


Aku bercerita bukan untuk menyalahkan sesiapa. Aku bercerita hanya untuk meluahkan apa yang aku rasa. Aku hanya ada pelajaran sahaja. Aku tak ada harta melimpah ruah macam anak orang kaya. Lagipun buat masa sekarang pencapaian akademik aku hanya setakat STPM sahaja. Lumrah manusia yang pandai dan kaya dipandang-pandang, yang miskin dan kurang pandai ditendang-tendang. Itu perkara biasa untuk orang seperti aku yang kategori nombor 2. Aku meluahkan bukan untuk menuduh siapa-siapa. Aku punya perasaan dan aku juga perlu sesuatu untuk meluahkannya. Cara aku dengan menulis. Untuk ringkaskan cerita yang ingin aku bawa aku minta maaf jika ada sesiapa yang terasa untuk sekalian kalinya. Aku sering kali terasa terpinggir untuk berhadapan dengan manusia. Aku tidak tahu untuk bergaul dengan normalnya. Dulu aku tidak begini kerana aku tidak matang. Mungkin usia aku yang meningkat telah membawa aku kepada satu fasa yang baru dimana aku terbuka mata untuk melihat dunia dan ragam manusia yang berbeza. Ya, berbeza. Sejak kecil aku telah diasuh oleh mak untuk aku berdikari sendiri. Masa aku umur 7 tahun dan ketika itu arwah adik aku masih hidup, aku telah ditinggalkan oleh abah dan mak bersendirian di rumah kerana mereka berdua keluar untukmencari nafkah untuk aku dan adik. Bayangkan ketika itu aku hanya tujuh tahun dan aku perlu menjaga adik aku yang pada ketika itu hanya berumur enam tahun. Tiada siapa bantu. Tiada siapa ambil tahu keadaan aku dan adik. Aku dan adik duduk bersendirian dalam rumah menunggu kedatangan mak dan abah pulang daripada bekerja. Bayangkan. Walaupun ketika itu aku duduk berdekatan dengan sedara mara aku namun tiada seorang menunjukkan perhatian mereka. Sampai ke hari ini aku telah biasa di pinggirkan oleh mereka dan sebenarnya aku lebih senang dengan perkara sebegitu kerana tiada siapa yang mengambil tahu kewujudan aku. Aku telah lama didiskreminasi oleh mereka yang aku anggap keluarga. Namun, realitinya baru aku sedar hari ini mereka datang hanya sekadar untuk meminta pertolongan sahaja. Aku faham. Ya, aku faham dengan rentak mereka. Yelah, aku ini siapa untuk mereka ambil tahu. Tidak pandai dan juga tidak cantik. Dan sekarang aku malas untuk melayan perasaan yang membelenggu jiwa yang merentap hati aku di sudut paling dalam. Aku sudah malas. Sudah cukup aku derita untuk kali ke berapa ribunya. Cukuplah. Sampai di sini sahaja diri aku yang jadi boneka. Tersenyum walaupun terluka. Aku akan bangkit dan aku tidak akan menoleh lagi. Hanya mak memahami perasaan aku dikala ini. Hanya mak. Yang menjadi tempat aku bersandar semasa aku rapuh untuk mengawal emosi untuk kali ini. Mak, kita survive sama-sama ya? Daripada pandangan dan kritikan sinis mereka-mereka itu.

Popular Posts