Suara Hati.

 

Aku mendongak pandang langit. Aku nampak kepulan awan berarak dengan lajunya ditiup angin. Aku terfikir, aku membesar dengan cepatnya. Sekejap betul aku dah dewasa. Bukan setakat fizikal malah dari segi mental juga aku semakin dewasa. Malah, jiwa aku tak kental seperti dulu. Betul, aku bukan yang dulu. Semuanya berubah. Segalanya berubah. Dunia juga berubah. Aku bersyukur Allah bagi aku kehidupan dan masih lagi bernafas. Aku akan mencapai umur 20 tahun pada tahun hadapan. Tapi secara jujurnya aku tak bersedia langsung untuk berhadapan dengan manusia di luar sana yang mungkin akan menyakiti aku secara diam. Aku tak bersedia langsung untuk menghadapi segala secara BERSENDIRIAN. Abah mak mungkin mereka satu hari nanti pergi menghadap Ilahi maka tinggal aku terkontang-kanting sendiri menghadapi dunia. Aku takut. Memang takut. Siapa mahu menolong jika aku tinggal seorang nanti ? Aku selalu bertanya soalan begitu dalam hati aku. Ya, siapa yang mahu tolong aku nanti ? Moga Allah dengar luahan hati aku untuk datangkan aku seorang yang baik hati dan selalu menasihati aku agar sentiasa berada di jalan yang benar dan memimpin aku ke arah satu perjalanan yang diredhai Allah apabila satu hari nanti mak abah pergi menghadap Illahi. Moga Allah datangkan aku seorang yang begitu. Yang dapat mendengar luahan rasa aku tanpa sangsi dan mengerti penderitaan aku kelak. Aku berdoa sangat agar mendapat seorang yang begitu. Yg berada di samping aku susah atau senang. Aku cepat lelah sekarang ini dengar kritikan orang. Mungkin emosi aku sedang menghadapi perubahan. Moga Allah dengar suara hati aku.

Popular Posts