Wedding.









Ahad, 8 Disember 2013 telah berlangsung perkahwinan abang sepupu aku. Perkahwinan ini adalah perkahwinan ketiga cucu keluarga Sepiah Yaacob atau lebih dikenali sebagai 'Keluarga 433'. Kitaorang nak buat style macam cerita P.Ramlee tuh yang 'Keluarga 69'. Majlis perkahwinan ini meraikan Rafiq Rabbani dan pasanganya iaitu Elmawati. Aku panggil abang sepupu aku tuh Along Fiq. So, majlis berjalan dengan gemilangnya. Siap ada pompomgirl dengan pompomboy lagi. Serious awesome. Tugas aku masa neyh jadi photographer. Tapi sekarang keadaan tak mengizinkan untuk aku upload banyak gambar sebab aku tengah tunggu kedatangan laptop baru untuk gantikan laptop aku yang lama. Post neyh pun aku taip pakai phone. Oh sebelum aku terlupa, perancangan masa depan aku telah pun aku tulis atas kertas A4 kosong. Post aku yang sebelum ini menunjukkan aku dalam kekeliruan yang amat sangat tapi lepas aku jumpa beberapa orang yang berpengalaman menempuh alam dunia yang penuh pancaroba ini aku dah bertekad untuk aku corakkan masa depan aku dengan tangan aku sendiri. Dengan usaha aku sendiri. Mereka berpesan pada aku yang tawakal itu penting dalam apa jua. Terima kasih mak, abah, ateh, along yed dengan abg ijat sebab dengar rungutan aku dan luahan perasaan aku. Terima kasih kerana bagi pandangan dan juga contoh-contoh yang boleh aku rujuk. Terima kasih.


Popular Posts