Hlovate.


Hlovate.
Dulu, aku macam 'hek eleh, apa barang baca buku islamic bagai dalam novel? Better baca buku macam Nicholas Spark, JK Rowling, Stephanie Mayer, Kim Harrison baru best gila !'. Then masa tuh mak aku bagi aku buku signature Hlovate 'aA+bB'. Aku boleh terima buku neyh sebab jalan cerita buku neyh kelakar gila pasal Addin dengan Benz. Lepas tuh cerita Hlovate keluarkan pasal 'Tunas-Sejarah silam Addin & Benz' . Masa neyh aku tak faham.  Jalan cerita yang dibawa oleh Hlovate dalam Tunas jauh lebih islamic sangat then aku skip baca buku keluaran Hlovate sebab aku tak berapa nak baca sangat bebuku macam tuh. Masa neyh aku umur 14. Itu pendapat aku la ketika itu. Lepas tuh macam mana tah, masa aku umur 17 terjumpa balik buku keluaran Hlovate. Disebabkan keluarga aku terapkan habit membaca, kitaorang ada satu bilik library. Tapi kebanyakannya penuh dengan komik pahlawan abah la. Abah aku kumpul komik pahlawan since 1980. Pedang Setiawan, Maharaja bla...bla... semua ada la. Banyak karya Tony Wang. Tuh apa yang abah aku kumpul sebab tuh passion dia kan ?
Back to the stories.
Aku terjumpa balik buku Hlovate pasal 'Tunas' neyh. Baya 17 tahun tuh aku dah dewasa dan paham la deep meaning yang dia nak sampai. Macam mana seorang Addin boleh berubah 360° dari seorang rock-heavy-so-metal berubah jadi seorang yang dedicated to islam more. Yang tak pakai dah baju tak cukup kain. Yang tak buat head-banging dah. Yang mula jaga batas lelaki dan perempuan. Yang tak skate dah. Tak keluar dengan budak underground dah. Yang dah mula tak dengar metallica, linkin park, avenge sevenfold semua. Aku baca kali kedua baru aku faham maksud yang ingin disampaikan dalam buku tersebut. Then sejak tuh aku rasa macam Hlovate tengah ubah cara hidup aku juga. Aku juga dulu agak jahil tentang agama. Macam Hlovate ubah Addin. Hlovate juga ubah aku.. Aku tak menyesal langsung baca buku Hlovate sekarang walaupun dah banyak kali dah aku baca. Aku tak jemu. Malah, setiap kali aku baca ada perkataan dan nasihat baru yang memang meragut dan merentap jiwa aku dengan kata-kata yang Hlovate tulis dalam bukunya. Sekarang aku dah baca karya Hlovate seperti Versus, Rooftop Rants, Anthem, Contengan Jalanan. Aku dah baca semua karya Hlovate. Semuanya. Satu pepatah yang aku tak akan lupa dan akan tersemat dalam hati aku daripada karya Hlovate neyh adalah "live well or live hell. You choose". Memang tersentap habis kata yang ditulis. Aku rasa apa yang cuba disampaikan Hlovate adalah manusia punya pilihan. Kita bileh pilih jalan hidup kita sendiri. Cuma nak pilih jalan baik atau buruk. Itu sahaja. Aku kalau boleh nak personal jumpa Hlovate sebab beri aku kesedaran yang mana baik yang mana buruk. Walaupun aku tak pernah jumpa Hlovate, aku doakan kesejahteraanya sepanjang masa kerana gaya penulisannya telah sampai dilubuk hati aku paling dalam. Bila aku baca karya Hlovate aku boleh ketawa dan dalam masa yang sama aku boleh juga menangis. Dalam kata lain, penulisan Hlovate punya jiwa yang berjaya mengusik jiwa halus aku. Terima kasih Hlovate ! Aku harap Hlovate boleh baca post neyh sebab aku memang tuju kepadanya.

Popular Posts