Mak is equal to Mom.

(Left-me//Right-Mom)

Waktu kecil dulu, aku tak berapa rapat dengan parent aku. Aku tersangatlah rapat dengan arwah adik aku. Kira sebahagian jiwa aku, aku kongsi dengan arwah adik aku la. Tapi, bila tiba-tiba arwah adik aku dijemput Illahi, aku macam kehilangan tempat untuk curahkan isi hati aku. Sebab aku tak banyak cakap sangat dengan parent aku, so aku pindah rumah opah aku dekat dua bulan lepas adik aku meninggal dunia. Aku bagi kata putus dekat mak dengan abah yang aku tak nak masuk bilik yang arwah adik dan aku kongsi sebab momento bersama arwah adik aku akan sentiasa berlegar dalam diri aku. Nanti aku susah nak percaya arwah adik aku dah tak ada. Masa tuh mak dengan abah aku tak cakap apa bila aku bagi kata dua macam tuh. Then, mak aku berusaha transform bilik yang aku duduki bersama-sama arwah adik. Mak aku ubah katil, almari, cat bilik aku supaya aku dapat adapt dengan persekitaran yang aku tak biasa. Lepas tuh, baru aku move in balik bilik aku tuh. Masa baru-baru aku pindah, aku kekok gila nak cakap dengan mak dan abah aku. Masa dulu, arwah adik aku yang banyak cakap dengan mak & abah. Aku kira macam invisible la. Aku tak rapat sangat dan aku sangat pendiam bila dengan mak dan abah aku. Then, satu hari tuh aku tak ingat tahun bila, mak aku ajak aku bersembang. Macam sesi luahan perasaan la. Aku masa tuh tak terbuka lagi hati nak cakap dengan mak aku sangat. Sampai la aku jatuh sakit dan pergi klinik. Doktor tuh macam pakar kanak-kanak la. Dia tanya aku, ada aku susah hati ke apa? Mak aku teman aku dalam bilik doktor tuh. Entah macam mana, aku mengalir air mata. Mungkin masa tuh aku dah tak boleh dah berlagak kuat macam tak ada apa-apa. Aku luahkan apa yang terpendam dalam hati aku. Aku pandang sekilas, mak aku menangis bersama-sama dengan aku. Keadaan masa itu aku rasa sayu sangat. Macam aku tak jalankan tanggungjawab aku pada mak. Mak mungkin lagi sedih. Mak mungkin tersangat sedih bila adik aku dah tak ada. Mak aku mesti rasa macam dia dah tak ada anak dah walaupun mak ada aku sebab aku tak bercakap dengan mak pun dalam jangka masa yang aku berlagak kuat tuh. Mulai hari yang aku jumpa doktor tuh, apa-apa hal aku mesti inform mak dengan abah. Aku dah mula bukakan hati aku. Luahkan apa yang terbuku. Part yang paling best waktu sekarang neyh, adalah time dinner. Mak , abah dengan aku akan duduk sekeliling meja makan dan kitaorang akan sembang la perkara harian yang telah dilakukan. Abah akan sembang pasal haiwan atau isu semasa. Mak pula akan sembang pasal kes-kes budak sekolah semua. Lupa pula, mak aku adalah seorang guru sekolah menengah yang terletak di sebuah bandar. So, macam-macam kes yang mak aku kena handle walaupun mak aku jarang rotan orang mahupun aku sendiri. Aku pula sekarang ini sembang pasal apa aku buat hari ini sebab aku dah habis sekolah dan tengah tunggu result. Aku mula sedar yang walaupun adik aku dah pergi jauh dari aku, mungkin ada hikmahnya. Allah mungkin aturkan untuk aku supaya aku boleh bergantung dengan mak dan abah. Dan sekarang, mak aku dah jadi bestfriend aku. Sejak aku meniti untuk jadi semakin dewasa, mak selalu ingatkan aku kepada Allah, hormatkan orang dan mak juga kadang-kadang penguat semangat aku. Walaupun sometimes aku merajuk dengan mak atau aku touching dengan mak. Hahahahahaha. Abah pun selalu juga bagi dorongan kepada aku walaupun dorongan abah tuh macam ada kata-kata 'pedas' sikit yang kena mengena dengan aku seperti 'kena kurus sebab sekarang orang akan judge berdasarkan kita punya physical bukan academic' atau 'kurangkan makan agar sihat selalu'. Macam tuh la abah aku selalu bagi nasihat dekat aku. Hahahaha. Walaupun keluarga aku macam sederhana dan tak la kaya raya, aku rasa macam aku bersyukur aku dilahirkan dalam keluarga ini dan walaupun ada memori hitam yang keluarga aku tak dapat bendung, namun keluarga aku akan beri semangat kepada satu sama lain.. Untuk post ini aku nak bagi sedikit kata-kata kepada mak aku .

Mak, kakak tahu mak tak akan baca apa yang kakak tulis neyh. Cuma kakak nak cakap perkara yang kakak tak pernah nak cakap dekat mak. Mak, kakak sayang mak sangat-sangat. Walaupun sometimes kakak dengan mak selalu macam touching atau gaduh-gaduh dengan mak, still mak is the best mom in the world. Mak tak pernah nak paksa kakak buat apa yang kakak tak nak buat. Mak tak pernah pun pukul kakak dengan arwah adik teruk-teruk. Mak, kakak bertuah dapat mak sebagai mak kakak sebab mak selalu ingatkan kakak kepada Allah. Mak selalu tanya kakak dah hadap Allah ke belum bila kakak asyik tengok tv atau surf internet. Mak selalu pesan yang Al-Quran tuh pendinding orang Islam. Mak, terima kasih terima kakak seadanya. Terima kasih sebab cuba memahi kakak yang banyak kekurangan ini. Mak, akhir sekali kakak nak cakap -I Love You, Mak. Seriously. You are the best mom and kind-hearted woman in this earth that i have never known. You teach me everthing and i'm feeling so sorry because i closed my heart during my early adulthood and i do not share anything during those time. Forgive me, mom & never forget that i love you the most in this earth now.

Popular Posts