Bayang


Aku-hidup-dengan-masa-silam : Bayang.

Sampai pada satu tahap, hidup aku seperti beku. Kaku. Dan pada masa itu aku merenung masa berjalan begitu sahaja. 

Terbayang.

Hidup pada masa lalu. Bahagia, tanpa riak terluka. Bahagia, untuk ketawa banyak mana. Bahagia, tanpa mengira keadaan sekeliling. Bahagia, tanpa ada perasaan risau untuk berhadapan dengan apa jua perkara. 

Namun, kehidupan sekarang tidak sama langsung seperti yang aku harapkan. 
Aku hidup dalam bayang sekarang. 
Takut untuk mencuba banyak perkara. Takut untuk merasai peritnya kehilangan seorang yang mengisi separuh jiwa aku sendiri. Takut untuk hadapi kemungkinan yang akan datang kelak. Kadang-kadang, bayang menghantui diri aku sendiri. 

Sejak bila entah aku baru sedar yang aku takut dengan bayang sendiri.
Sejak bila entah bayang gelap mula sentiasa mengekori aku. Sejak bila entah aku sentiasa berhati-hati untuk tutup perasaan terluka aku. & sejak bila entah aku tidak banyak bercakap dan hanya merenung bayang aku sahaja.  

Popular Posts