Surat Untuk Dia.


Hati aku hanya aku yang tahu. Entah kenapa, aku tak tahu jantung aku berdegup kencang semacam sahaja kebelakangan ini. Aku asyik teringat kepada seseorang yang telah buatkan hati aku ini hancur berderai umpama kaca yang jatuh ke atas lantai. Entahlah. Aku teringat kepada dia sepanjang masa kebelakangan ini. Aku tak tahu kenapa aku rasa begini. Aku tak tau kenapa kelakuan aku begini. Mungkin perubahan emosi sedang bertransformasi dalam diri aku. Teringat masa bahagia namun lebih banyak duka yang dapat aku ingat kembali. Luka yang berparut untuk selama-lamanya. Sebenarnya, hati aku meronta untuk mengetahui perkembangan dia namun aku tahan hawa nafsu aku untuk bertegur sapa dengannya. Mungkin dengan cara ini aku tidak lagi menaruh apa-apa harapan kepada dia. Ya, kepada dia. Yang mengajar aku rasa cinta, rasa bahagia dan juga rasa derita. Bagaimana peritnya untuk menghadapi realiti. Bagaimana peritnya untuk melepaskan SEGALA-GALANYA ketika hati ini sedang ditakluki oleh dia. Sebagaimana masa berlalu, sebagaimana itulah yang aku berubah. Berubah menjadi seorang aku yang berbeza. Namun, aku juga berterima kasih kepada dia kerana telah bertahan dengan kerenah aku, sifat aku, amarah aku, rajuk aku dan juga sedia berkongsi air mata bersama. Terima kasih aku ucapkan kepada dia tapi aku tidak mungkin akan sembuh untuk luka yang telah dilakukan oleh dia dan kesan parut yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia ini buat selama-lamanya.

Popular Posts