HEO

Aku jenis pelik sikit.
Tak kira dari segi taste pakaian, makanan atau genre music. 
Bagi aku, aku suka kelainan aku yang sebegitu. 
Kerana, aku memang begitu. 

------------------------------------------------------------------------------

Aku tak berapa suka sangat lagu rancak dan lagu terkini. 
Aku jenis yang kekampungan dan mempunyai taste lagu yang agak berlainan serta aku suka lagi lagu classic daripada lagu yang merepek meraban yang ajak aku entah kemana-mana dengan lirik yang entah apa-apa.
Aku jenis yang lebih suka kepada kekemasan sesuatu lagu dan juga lagu yang boleh sentuh hati aku. 
Aku lebih beri penumpuan kepada lirik lagu dan melodi yang dimainkan oleh sesuatu lagu. 

Dulu, aku hard-fan sangat kpop. 
Tapi sekarang aku dah slow-down sikit sebab aku tak faham pun sebenarnya lirik yang hendak penyanyi tersebut sampaikan. 
Kerana aku tak reti Hangul (bahasa korea) dan aku tak fahami liriknya. 
Bukankah kalau kita dengar music adalah untuk sesuatu yang kita akan fahami dan juga kita suka dengar lirik sesuatu lagu ? 

Namun, aku lebih suka kepada indie-band korea. 
Entah macam mana aku boleh terjebak dalam industri INDIE-SONG. 
Aku jatuh cinta pada seni kata dan melodi yang dibawa oleh genre indie. 
Aku tak reti rap dan aku tak reti lagu techo. 

INDIE. 
Lagu yang penuh dengan perasaan.
Ditulis serta disampaikan melalui instrumen dengan kata-kata yang kadang kala menusuk hati aku. 
Yang ada kena mengena dengan hidup aku. 
Yang mungkin kadang-kadang boleh sebabkan aku titiskan air mata melalui lirik yang telah dimainkan. 

------------------------------------------------------------------------------

HEO. 
Masa aku tengok movie korea 'The Gifted Hand' atau lebih dikenali dengan nama 'Psychometry' aku jatuh cinta dengan lagu yang dibawa oleh HEO. 
HEO bukanlah seorang penyanyi tetapi seorang composer genius yang memainkan musicnya dengan perasaan. 
Part akhir movie ini adalah lagu yang digubah oleh HEO. 
HEO bukanlah kumpulan indie yang dikenali ramai di mata dunia. 
Namun, dimata aku, HEO merupakan kumpulan indie yang paling terbaik yang pernah aku dengar. 
HEO tak pernah tunjukkan muka atau buat persembahan secara terbuka. 
HEO merupakan kumpulan indie misteri yang kadang-kadang kalau aku search pun tak ada keluar. 
List lagu HEO yang paling aku suka adalah ;
*Luna 
*Word Of Silence 
*Ride The Wave 
&
*In Sight Of Light. 

------------------------------------------------------------------------------

Structure by HEO.
Lagu paling aku sukai.

'Word Of Silence'

The fire into your eyes.
The picture like the sun, we are staying on time. 

All you have is still shiny. Oh, look into yourself. 
You’re the one I need. 


Say a word of silence. 
Like the air around, hold me tight not to stray. 


You're heading into the blue, 
Oh, to disappear or die. 
You're the one I miss.

Lagu ini ada kena mengena dengan jiwa aku.
Yang bawa aku travel jauh dalam lubuk hati aku.
&
Memori berselirat aku.
Cuba fahami lirik ini.
Dan
Cuba tutup mata.

Popular Posts