Semoga.

Aku suka termenung sekarang neyh.
Sampai mak aku tegur.

Entah.

Sebenarnya, tiada apa pun untuk aku fikirkan.
Namun, aku masih ragu-ragu untuk caturkan masa depan aku.
Masih samar-samar untuk aku terus maju kehadapan.

Sebenarnya.

Aku ingin buktikan kepada mereka-mereka yang selalu pandang rendah aku.
Bahawasanya, aku boleh bangkit tanpa mengambil kira kesan psikologi mental yang telah mereka berikan kepada aku.
Aku harap sangat bahawa aku boleh gerak setapak maju kehadapan.
Bagi hilang segala derita yang aku tangung sorang-sorang dalam dunia ini.

Untuk di ceritakan apa yang aku lalui, mungkin nanti ada diantara mereka-mereka ada membaca blog aku.
Maka, eloklah aku tidak membuka aib mereka disini.

Moga mereka-mereka sedar.
Aku ada menulis tentang mereka melalui kiasan di sini.
Semoga mereka-mereka menjadi orang yang tidak lagi membandingkan aku dengan orang lain.
Moga-moga mereka berubah jadi orang yang lebih baik pada masa hadapan nanti.
Moga-moga mereka berubah.
Moga-moga.

Aku ada baca satu blog neyh.
Hati aku tersayat tentang apa yang penulis ini ingin sampaikan.
Link blog penulis ini, sudah aku tak ingat.
Namun, sebahagian kata-kata penulis ini aku ada simpan.

Kata-kata penulis ini ;

Forgive And Forget
Kerana memaafkan itu lebih baik.
Kita bukan Tuhan untuk menghukum
Kita bukan Tuhan untuk tahu mereka penghuni syurga atau neraka
Kerana kita manusia biasa
Kerana kita juga pendosa
Semua orang ada zaman hitam yang sendiri
Dan semua orang punya hak untuk ada hidup baru
Kerana penghujung hidup seseorang itu adalah rahsia Dia
Maafkanlah
Kerana memaafkan itu lebih baik.

Aku harap satu hari nanti aku mampu memaafkan orang yang buat zaman kecil aku berlalu dengan dengan banyak duka.
Nasib baik pada ketika itu aku tak faham tentang apa-apa lagi.
Nasib baik ketika itu, arwah adik aku masih hidup & pada ketika itu aku berterima kasih kepada emak kerana selalu melindungi aku dan arwah adik daripada mendapat luka daripada kata-kata mereka yang selalu mencemuh aku dengan pelbagai bahasa..
Moga-moga aku dapat memaafkan mereka.

Moga-moga.
Suatu hari nanti.

Popular Posts