Diri

Pernah rasa tak bila tiba-tiba rasa nak berubah ?
Pernah rasa tak bila bangun tengah malam lepas tuh rasa nak berubah ?
Pernah rasa tak bila baca satu artikel lepas tuh rasa nak berubah ?
Pernah rasa tak bila kau tengok diri kau dulu dengan sekarang, kau rasa nak berubah ?

Sekarang.
Aku cuba perbaiki diri aku.
Sebab aku rasa, macam manusia yang hidup dekat dunia neyh macam dah terleka sangat.
Termasuklah aku sendiri.

Fenomena zaman siber banyak merubah aku.
Dulunya, aku mana pernah kenal erti internet dan sekarang 24 jam aku bersama dengan 'dunia tanpa sempadan'.

Entahlah.
Aku rasa banyak aku berubah.
By the means, aku ubah ke arah keburukan.
Lebihkan duniawi berbanding dunia yang kekal abadi suatu hari nanti.

Aku....
Macam mana nak cakap ye ?
Hmmmm....
Aku nak ubahkan diri aku menjadi yang lebih dekat kepada Dia.
Ya, Dia.
Allah, Yang Maha Kuasa.
Yang Maha Mengetahui apa yang terbuku dalam hati setiap hambaNya.

Aku tahu.
Aku tak ada la baik sangat.
Aku juga tak ada la buat yang boleh melanggar batas-batas agama.
Tapi, aku rasa aku paling sikit ilmu agama.
Tak tahu la macam mana nak cerita.
Tapi aku tahu.
Aku cetek tentang agama.

Aku nak berubah.
Aku nak sangat berubah.
Moga Allah sentiasa bantu aku.
Dalam perjalanan aku untuk berubah.
Kearah yang lebih baik.
Lebih mulia.
&
Lebih lurus.

Moga diri ini berubah.

"Bukan senang nak jadi baik, tapi senang untuk jadi jahat. Maka dengan cara terbaik untuk menjaga diri, lidah & jiwa adalah dengan berubah sikit-sikit dan pohon bantuan kepada Yang Satu. Allah, Yang Maha Esa."-Mak

Popular Posts