Maaf

Untuk orang yang membaca entri ini, aku hulurkan maaf sejuta kali.
Sebab aku rasa, post-post aku yang terdahulu, mencerminkan diri aku yang gelap. 
Tanpa ada sedikit lubang cahaya yang menerangi kehidupan aku yang kian malap. 
Maafkan aku. 
Disebabkan sesetengah manusia yang selalu merungsingkan hati dan juga jiwa aku, 
maka penulisan aku menjadi lebih jauh ke dalam lubuk jiwa aku yang terasing daripada manusia lain. 

Aku... 
Perwatakan aku... 
Jiwa aku... 
Hanya aku yang ketahui bagaimana keadaannya. 
Mungkin dalam keadaan baik. 
Mungkin juga dalam keadaan sedang dibaik pulih. 
Sejujurnya, hati aku sedang dalam proses untuk dirawat. 
Mungkin bagi manusia lain, banyak juga masalah untuk difikirkan. 
Tapi bagi aku,
aku merasakan bahawa,
bebanan yang terkandung dalam otak yang kecil ini, 
merosakkan banyak emosi halus aku. 
Bahawanya, aku rasakan yang aku semakin jauh dengan manusia lain, 
Itu bukan merupakan perkara yang baik berlaku dalam diri aku. 
Manusia lain mengatakan bahawa aku membawa diri jauh dalam bilik gelap dan menguncikan diri aku agar tidak bergaul dengan orang lain. 
Aku dikatakan berlagak.. 
Sombong... 
Lupa diri... 
Bagaimanakah aku ingin bergaul dengan manusia yang mengatakan aku sedemikian ? 
Adakah dengan cara berpura-pura senyum tanpa ada sedikit rasa kasihan pada diri aku sendiri ? 
Juga dengan mengatakan aku baik-baik sahaja dan keluar rumah dengan perasaan yang aku sendiri tak dapat rungkaikan dan berbaik dengan mereka semua ? 
Manusia lain, tidak dapat meneka disebalik kekusutan yang berlaku dalam hidup aku. 
Malah, ada juga yang prejudis terhadap aku. 

Sefahaman aku, aku tak pernah menyakiti hati manusia lain. 
Aku tidak memahami keadaan yang berlaku sekarang serta dengan keadaan aku yang berada dalam kekusutan ini, aku menjadi keliru dalam menilai sikap manusia. 
Aku sedang dalam proses mencari diri aku sendiri. 
Namun, ada sesetengah manusia yang aku rasakan pentingkan diri sendiri, menyalahkan aku atas segalanya walaupun aku tidak pernah kacau hidup mereka. 
Bertapa peritnya aku menanggung luka dalam hati ini sepanjang aku hidup. 
Bertapa peritnya berpura-pura mengatakan yang aku 'okay' sahaja dengan segala macam perlakuan yang mereka telah lakukan kepada aku. 
&
Bertapa peritnya merasakan diri ini terpinggir tanpa ada siapa-siapa selain abah dan emak dalam dunia ini. 

Sekiranya, manusia lain itu membaca post ini, sila merasakan diri mereka sendiri yang menyebabkan aku jauh. 
Aku ingin jauh dari segala masalah. 
Aku ingin jauh dari segala luka yang mereka berikan. 
AKU INGIN JAUH DARIPADA KATA-KATA MEREKA YANG TAK TAHU BERDOSA. 

Maaf. 
Tapi aku ingin lari jauh daripada dunia yang manusia lain ciptakan untuk aku dan menyebabkan diri aku terluka. 

Popular Posts