Luka

Aku-
Selalu tangisi diri aku secara diam-diam.
Ketika mak abah bekerja atau aku keseorangan dalam rumah.

Aku-
Macam mana nak cakap...

Aku-
Terlalu melindungi diri aku sendiri.

Aku-
Jadi takut bila berhadapan dengan orang yang aku tak kenali mahupun yang aku kenali sekalipun.

Aku-
Susah nak cakap dengan manusia lain.

Aku-
Mungkin boleh bercakap dengan beberapa orang kenalan rapat aku tapi untuk saudara mara terdekat, aku tak berapa rapat sangat.
Maka, tindakan aku adalah dengan mendiamkan diri.

Aku-
Bukan sombong atau apa sahaja yang manusia lain mahu gelarkan diri aku.

Aku-
Cuma mahu lindungi diri aku sendiri.
Daripada rasa terluka.
Daripada rasa disisihkan.
Daripada rasa 'no self belonging'.
Sebab hidup aku selalu sorang-sorang.

Aku-
Sembunyikan jiwa dan aku kuburkan perasaan untuk rapat dengan orang lain.
Untuk lupakan derita yang aku kecapi yang tak mungkin akan hilang selama-lamanya.

Aku-
Jauhkan diri daripada orang ramai.
Supaya aku tak rasa perit untuk sembuhkan perasaan aku.
Semua orang boleh kata 'move on' la daripada kehidupan masa lampau.
Tapi,
Yang alaminya bukan mereka tapi aku.

Aku-
Telah hancur separuh jiwa.
Bukan daripada segi fizikal.
Namun, lebih tertumpu kepada emosi aku.

Aku-
Sukar untuk lupakan satu perasaan.

Perasaan kehilangan;
Apabila seseorang yang rapat dengan kita, direntap pergi tanpa kita dapat ucap apa-apa.
Dah lama aku simpan perasaan ini.
Jujur kata, aku lebih rasa terkilan dan marah pada diri sendiri melebihi segala-galanya.

Aku-
Sampai sekarang tak dapat hapuskan, parut luka dalam jiwa aku.

Aku-
Memang nampak macam manusia normal yang boleh tersenyum gelak ketawa.
Tapi bila lihat dalam hati,
Hanya aku yang tahu diri aku macam mana.

Aku-
Harapan aku.
Supaya aku boleh lupakan semua.
Supaya aku tak lagi rasa sengsara.

Popular Posts