Ramadhan | 11 Julai

Ramadhan tahun in genap 7 tahun aku puasa tanpa separuh jiwa aku.
Ramadhan tahun ini, pada 11 Julai-jatuh pada tarikh separuh jiwa aku pergi. Ramadhan tahun ini entah kenapa aku rasa sunyi sekali.
Ramadhan tahun ini aku rasa macam libang-libu tanpa siapa ketahui.
Ramadhan tahun ini aku kunci diri aku dalam bilik sorang-sorang tanpa aku inginkan sesiapa disisi.
Ramadhan tahun ini merupakan ramadhan paling sayu bagi aku.
Mungkin sebab ramadhan tahun ini aku capai umur 20 tahun tanpa ada seorang nyawa yang berkongsi jiwa yang sama dengan aku dan datangnya daripada rahim yang sama untuk sambut aku dah dewasa.
Ramadhan kali ini buat aku sering persoalkan bertubi-tubi dalam diri aku, mampukah aku lupakan zaman silam aku.
Ramadhan tahun ini, buat aku terasa ramadhan yang paling gigih buat aku sebab aku cuba untuk teruskan kehidupan tanpa kenang masa lalu.
Ramai yang kata, bila seseorang itu pergi, pastinya dengan masa semua dapat dilupakan.
Namun tidak bagi aku.
Ramadhan tahun ini merupakan yang paling sedih bagi aku sebab aku rasa macam aku ditinggalkan seorang diri di satu tempat terpencil yang hanya ada manusia iaitu abah dan mak sahaja.
Ramadhan, buat pertama kalinya selepas separuh jiwa aku pergi, aku- rasa macam tiada daya untuk aku beraya dan berseronok seketika.
Buat pertama kalinya aku takut berdepan dengan manusia yang bermuka-muka.
& buat pertama kalinya aku dapat rasa apa itu perasaan sedih bercampur hiba apabila diri kita diperkotak-katikkan dengan kata-kata yang mungkin menguris jiwa halus aku.
Ramadhan tahun ini, mungkin aku dah memahami apa itu perasaan sunyi dan kehilangan dengan lebih mendalam maka aku jadi lagi terluka.
Ramadhan pada tahun ini, 11 Julai yang jatuhnya juga pada hari Jumaat iaitu pada hari arwah adik aku pergi.
Aku harap separuh daripada jiwa aku bahagia dengan kehidupan alam sana.
Moga-moga nanti aku dapat jumpa kembali separuh jiwa aku di alam sana dengan lebih lama.


Al-Fatihah.

Allahyarhamah Mursyidah Binti Mohd Shalleh
(25 November 1995-11 Julai 2008).

Popular Posts