Manusia .

Manusia , 
Semakin berumur bumi ini , 
Semakin terleka , 
Hanyut dibuai kemewahan . 

Manusia , 
Tidak kena erti syukur , 
Takbur dan riak , 
Itulah perangai manusia . 

Manusia , 
Pabila menghadapi kesusahan , 
Kepada Ilahi yang dipohoni , 
Pabila senang meninggalkannya sesuka hati . 

Manusia , 
Aku juga manusia , 
Tergolong di dalam golongan yang sama , 
Tidak lebih atau kurangnya . 

Manusia , 
Anggaplah ini sebagai peringatan , 
Kepada aku juga ditujukan , 
yang alpa kerana hal keduniaan .

p/s- Things goes wrong when you think it's wrong .

Popular Posts