April-29042011

April .
bulan yang bagi aku penuh pancaroba dan juga kebahagiaan !
bulan yang mengundang beribu perasaan !
yer . sejak aku bergelar seorang budak perempuan yang berumur tujuh belas tahun,
berbagai ragam manusia yang dapat lihat.
cinta. pengorbanan seorang adik. kekurangan keupayaan seorang manusia. dan berbagai lagi.
sementelah sekolah aku wujudkan kelas rancangan khas.
kecacatan manusia tidak lagi menghairankan aku.
tapi yang pasti dapat aku lihat,
keupayaan mereka yang istimewa tapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
kasih seorang ibu yang menghantar anak mereka walaupun mereka bukan larh orang yang berada.
dan juga usaha mereka untuk menyesuaikan diri daripada persekitaran yang kurang biasa bagi mereka yang istimewa. :)
ya, mungkin ramai yang berkata bahawa jijik melihat mereka. 
menyampah mahupun meluat melihat mereka yang mengada-ada merengek keatas ibu mereka agar tidak meninggalkan mereka bersama dengan orang yang tidak dikenali yakni guru mereka tapi bagi aku itu adalah sebahagian daripada ketakutan mereka untuk ditinggalkan dengan orang yang tidak mereka kenali kerana mereka istimewa.
itu masa hari pertama aku melihat mereka 
tetapi setelah empat bulan,
mereka sudah menjadi rapat dan juga apa yang dapat aku simpulkan disini bahawa mereka yang istimewa juga lama kelamaan akan jatuh cinta terhadap ilmu yang dicurahkan kepada mereka !
tapi bagi kita yang normal ini, 
ilmu yang dicurahkan sudah menjadi terlalu biasa.
dan menjadi kelaziman bahawa belajar itu sekadar tuntutan yang diberikan oleh ibu bapa.
sadis tak ayat aku ini?
atau pon kenyataan yang telah aku katakan ini berlaku juga kepada korang semua?
ya, dahulu juga aku begitu. 
tapi sekarang tidak lagi.
mungkin semakin hari , semakin mendewasakan aku.
ya, mungkin .
 sebab bagi aku mereka merupakan satu contoh aku untuk berusaha 
agar kehidupan normal aku tidak ditarik oleh Allah.
kerana aku tidak sedaya upaya berusaha menarik minat aku terhadap ilmu yang dicurahkan oleh guruku disekolah.


p/s-Post ini dalam draft aku dah lama. Aku postkan balik . :)

Popular Posts