Hilang


Aku. Menghilangkan. Diri. Sebentar. Di. Alam. Maya. 
Ya, aku dah deactivate twitter. 
Mungkin aku akan deactivate Facebook. 
Mungkin. 
Tapi untuk blog aku tak akan deactivate.
Sebab blog tempat aku curah segala masalah yang terpendam dalam hati aku.
Kenapa ?
Tiada sebab kenapa.
Aku tak kena buli dekat alam siber atau sebagainya.
Sebenarnya,  
Aku rasa aku dah banyak buang masa. 
Ya, sangat banyak sebenarnya. 
Aku ini mudah terleka. 
Maka, twitter dan facebook banyak melalaikan aku. 
Aku ambil keputusan, aku nak hilangkan diri sebentar. 
__________________________________________________________

Aku cuma nak bagitahu aku dah siap PBS .
Macam beban dekat atas bahu terangkat separuh.
Mungkin lepas ini aku ingat aku nak berusaha lagi bersungguh-sungguh. 
Jujur cakap, aku sangat suka kelas yang aku belajar sekarang ini , 6 A 2. 
Banyak orang pandang rendah pelajar form six apa semua. 
Tapi, aku rasa aku sangat bahagia. 
Aku belajar benda yang aku suka. 
Walaupun kadang-kadang memang sakit hati bila dah belajar , struggle tak masuk-masuk mungkin Allah nak duga.
Ada sebab kenapa pelajaran yang aku belajar tak masuk-masuk dalam fikiran dan kekal selamanya.
_____________________________________________________________

Lagi satu, Shebby cakap, aku dah tinggi dan dah matang la sikit. 
Aku ketawa masa Shebby cakap macam tuh. 
Tapi aku rasa memang aku dah banyak berubah.
Semua manusia berubah. 
Tak akan kekal selamanya macam tu je.
Aku berusaha untuk merubah diri sebab, aku tak nak rasa gagal macam dulu. 
Aku ada cita-cita yang aku nak capai
Biarlah apa orang nak kata. 
Yang penting keseluruhannya aku dah berusaha bersungguh-sungguh. 

" Orang yang pandai jika tidak menggunakan ilmu dengan semaksimum yang boleh dan selalu menganggap dirinya sahaja yang lebih pandai daripada orang lain akan jadi bodoh satu ketika nanti. Sifat bongkak dan megah diri yang akan memakan diri mereka. Biarlah yang tidak pandai dan tidak mengetahui apa-apa ini berusaha dan terus berusaha. Rajin berusaha, tidak pernah merungut dan mengeluh ini, mungkin satu hari nanti akan berjaya lebih berjaya daripada yang pandai."

_______________________________________________________________

Aku teringin nak gengam segulung ijazah, bagi mak abah gembira bahagia. 
Bila dah meningkat umur ini, macam-macam aku kena fikir. 
Masa depan.
 Apa perancangan hidup. 
Mungkin apa yang kita rancang tak akan menjadi atau sebaliknya. 
Percaturan Allah kita tak pernah tahu. 
Hidup ini tak lama, maka gunalah sebaiknya.
Jangan mensia-siakannya. 
Memang semua orang lakukan kesilapan. 
Begitu juga aku masa zaman jahiliah dulu. 
Tak pernah matang dan tak pernah nak dengar nasihat. 
Mungkin sekarang ini masa aku untuk berubah. 
Ya, berubah kearah yang lebih baik. 
Doakan aku untuk yang terbaik. 
InsyaAllah aku akan lebih baik. 

Popular Posts