Insan Biasa


Kadang-kadang apa yang kita hajati itu tidak pernah diterima oleh Yang Maha Esa.
Kadang-kadang apa yang kita rancangkan tidak pernah terjadi.
Kadang-kadang Allah selalu duga kita dengan macam-macam perkara.
Kadang-kadang apa yang kita tak pernah sukalah benda itu yang terbaik untuk kita. 
Kadang-kadang kita kena tengok balik masa silam kita.
Ambil pengajaran dan lakukan yang terbaik untuk membetulkan apa yang salah.
Ya, semua berlaku dengan serentak. 
Kadang-kadang aku takut nak tengok masa depan. 
Macam yang aku cakap tadi, mungkin apa yang aku rancang tak akan terjadi. 
Aku ingat lagi bait-bait perkataan yang pernah mak aku ungkap dulu , 'Walaupun Allah tak beri apa yang kita hajati tuh serta merta, mungkin Dia perlukan lagi doa dan tawakal dari diri hambaNya.'
Mungkin betul apa yang mak aku cakapkan. 
Kalau Allah SWT tak makbulkan doa aku, mungkin Dia ingin aku pinta lagi dengan sepenuh hati. 
Mulai hari Selasa, 21 Mei 2013 aku akan hadapi cabaran yang besar Allah bagi dekat aku. 
Peperiksaan Akhir Sem 2 akan dimulakan tepat pada pukul 8.00 pagi di Dewan Wijaya Perkasa. 
Aku memang tak pernah suka peperiksaan. 
Aku memang tak pernah suka untuk menghadapi kertas kosong yang mempunyai soalan yang hanya ditunggu masa untuk diberikan jawapan. 
Aku memang tak pernah suka semua itu. 
Namun, aku salah satu insan terpilih untuk menghadapinya. 
Aku tak boleh banyak merungut kerana Allah bagi aku dugaan untuk menghadapi perkara tersebut. 
Aku pernah terbaca dalam sebuah buku. 
Ungkapan dalam buku tersebut menyatakan, "Allah SWT tidak akan pernah menduga hambaNya dengan dugaan yang tidak akan dapat dihadapi oleh hambaNya."
Allah itu Maha Kaya dengan kasih sayang.
Allah itu Maha Berkuasa untuk memberi dan menarik balik nikmat yang diberikan kepada hambaNya.
Aku sebagai seorang insan biasa dan hambaNya, perlu terima dengan redha ketentuan Ilahi. 
Aku perlu berusaha dan terus bertawakal untuk menerima kejayaan pada masa hadapan. 
Biarlah selalu dicemuh kerana tidak mendapat keputusan yang baik.
Biarlah selalu dihina kerana tidak mendapat tempat di mata dunia.
Mungkin itu dugaan Yang Maha Esa berikan. 
Mungkin di mata manusia kita merupakan insan yang dihina tetapi di mata Allah SWT kita merupakan seorang hambaNya yang istimewa kerana kita selalu berusaha dan bertawakal kepadaNya. 
Aku sebenarnya takut. 
Takut untuk menghadapi realiti sebenar dunia.
Aku bukan la pandai sangat dan aku tidaklah bodoh.
Cuma aku tidak pandai untuk mengatasi yang pandai dan aku tidak pandai untuk mengatasi yang bodoh.
InsyaAllah aku akan berusaha dengan lebih gigih untuk menghadapi perkara yang akan terjadi pada masa hadapan kelak. 
Aku akan berusaha untuk menghadapi peperiksaan ini dengan sesedianya. 
Itulah janji aku sebagai insan dan hamba yang biasa kepada Allah SWT.
Doakan aku supaya tidak gemuruh, tidak mengeletar dan lancarkan perjalananku untuk menghadapi peperiksaan ini.
Amin Ya Rabbal Alamin. 

Popular Posts