Universal Studio




Assalammualaikum. Seperti yang telah aku tulis pada post-post lepas yang pasal 'planning vacation part 1 & 2' adalah bertujuan untuk name list check yang perlu aku bawa untuk pergi ke universal studio ini. 
Sebelum itu bagi aku cerita waktu bila aku pergi universal studio dan waktu bila aku balik daripada universal studio. 

Pada 18 Disember hingga 20 Disember aku telah merantau (macam jauh sangat aku pergi) ke Universal Studio, Singapore. Memang awesome cerita dia. Dan memang sangat awesome. Aku tak tahu nak describe macam mana keterujaan aku. Aku jumpa banyak orang hebat dan berkenalan. Serious. When we travel, we got to meet different people and different view of life. So masa aku masuk universal tuh macam jakun la jugak semua aku nak tangkap gambar sampai mak aku tegur selipar orang singapore pun aku tangkap -..- hahahahaha. Then masa dapat tiket tour guide bagi, aku dengan mak ( sebab abah aku malas pegi so trip neyh hanya aku dengan mak je la pegi ) aku semangat gila nak pegi main tapi keliru dengan jalan. So aku tanya penjual bekas-bekas air yang maha power mahal hakk tuuuih bekas air dia. Sampai ada satu bekas air yang harga 26 Dollar Singapore hoookeyyy. Dah tanya aku kata la dalam bahasa omputih yang aku nak naik roller-coaster biru merah yang nama dia 'sci-fi' but then penjual tuh cakap 'the game was under maintance and was closed'. Aku frust gila tak dapat naik roller coaster tuh tapi tak apa la tak ada rezeki la nak buat camana. Dah ucap terima kasih aku dengan mak angkat kaki pegi main permainan macam transformer, the mummy, lost world, far-far away. Tengok Shrek 4-D. Main air dalam Madagascar. Macam-macam la. Overall, this trip was worth it . Sampai mak sakit kaki. Aku pulak rasa nak tercabut tapak kaki. Tapi ada satu kelemahan universal studio, singapore. Tak ada tempat for muslim prayer. Aku dengan mak terpaksa solat tepi tempat sembunyi sikit daripada orang ramai untuk solat. Tanya minah arab yang rasanya fly from Dubai kot, dia pun tak tahu. Hahahahaha. Tak apa la musafir. Allah tahu. Itu je la cerita yang aku berkesempatan untuk kongsi. Bulan tiga tahun depan pula aku akan fly lagi jauh tapi aku akan pergi seorang. Mak dengan abah aku tak ikut. Doakan trip tuh pun awesome. Aminn

Popular Posts