Cerita.


Mata terkebil-kebil pandang siling rumah. Aku sekarang susah hendak tidur. Macam 'nocturnal' la lebih kurang. Ke mungkin aku ada insomania disorder ? Entah la. Sejak cuti neyh, aku rasa rindu pulak nak pergi sekolah. Kalau dulu akulah yang paling liat sekali nak bangun pagi segala bagai. Sampai ada satu masa aku pernah ponteng sekolah sebab terlalu pressure untuk pergi sekolah. Bila fikir-fikir balik macam mana aku boleh ponteng sekolah and tragedi tuh macam kelakar pun ada bagi aku. Sebab aku yang boleh kategori-budak baik pun pernah ponteng sekolah. Hahahahahaha. Dasyat tak dasyat aku ? Untuk adik-adik dekat luar sana jangan nak ikut peragai tak senonoh neyh, ok ? Aku tak ada cerita pun nak tulis dekat blog neyh. Oh lupa pula, Jumaat lepas bersamaan dengan 10.01.2014, aku keluar dengan Amalin & Zomb. Dah lama la jugak aku tak jumpa Amalin since dia masuk matrik. Dah lebih kurang satu setengah tahun la jugak tak jumpa. Bila aku jumpa Amalin memang terharu sampai menangis *sila percaya* Hahahahaha. Kitaorang gossip sama-sama, lepas tuh pergi keluar makan, hangout. Dah lama tak cukup korum macam hari tuh. Kalau selalu aku keluar berjalan dengan Zomb je. Tapi hari jumaat harituh kinda special la. Macam-macam cerita bertukar. Dan part paling lawaknya kitaorang pergi jalan bukan beli apa pun. Just makanan until la perut full. Bayangkan. Perjalanan 'hangout makan' kitaorang. McDonald (just icecream)->Black Canyon (lunch)->Pizza hut (Amalin beli bawak balik)->Secret recipe (Aku beli bawak balik)->Baskin Robbin (Zomb beli icecream)-> Coffee bean (Aku seorang je beli). Bertapa kelakar gila kitaorang. Kalau girls lain hangout mesti tengok handbag, baju, kasut semua bagai. Kitaorang ? Pergi cuba makan semua. Memang terbaik la harituh. Still memang bila dah cakap 'best friend' semua benda aku nak cerita dekat Amalin dengan Zomb. Lupa pula. Satu kejadian yang teramatlah aku segan. Terjumpa pula orang yang aku betul-betul tak nak jumpa. Macam mak aku kata. "Orang yang kita nak elakkanlah yang selalu kita akan jumpa". Aku betul-betul-betul speechless. Dah la masa aku hangout tuh akulah minah yang paling tak bergaya sekali. Dengan tshirt lengan panjang gedabak, seluar jean longgar, selipar nike, tudung . Hahahahaa. Tapi nak buat macam mana. Dah dipertemukan jodoh jumpa jugak. Puuuuih. Overall, hari Jumaat hari tuh memang awesome la. Kbye.
P/s ; Post neyh dah ada dalam draft aku dah lama. Hari neyh baru ada kesempatan nak update.

Popular Posts