Permulaan.


Bilik gelap gelita. Kehidupan alam bersahutan bunyi-bunyian. Tinggal aku dalam bilik ini seorang diri. Minda mula menerawang. Terfikir kehidupan akan mendatang. Banyak yang difikirkan sebenarnya. Namun satu sahaja yang aku ingin kongsi. Tentang kehidupan. Kebelakangan ini aku rasa gaya penulisan aku dah semakin matang. Mungkin perubahan diri ini yang aku cari selama ini.

2014.
Manusia berlumba-lumba menetapkan azam tahun baru. Namun bagi aku, aku tidak tahu untuk meletakkan arah apa kehidupan aku. Separuh takut untuk menghadapi dunia dan separuh takut kemungkinan yang akan dihadapi kelak. Kecekalan hati aku semakin goyah. Namun, aku cuba. Aku cuba untuk menelan kepahitan kehidupan dan meneruskan kehidupan aku seperti tiada apa-apa. Aku harap tahun baru ini akan membawa cahaya kepada kehidupan aku yang hilang arah tuju ini. Moga Allah benarkan aku bernafas sehingga ke hujung tahun ini. Aku harap juga kesihatan yang baik untuk kedua abah dan mak sebab tahun lepas merupakan tahun yang buruk untuk abah. Juga aku harap rezeki yang dilimpahkan untuk mak dan abah tidak putus untuk sepanjang tahun ini. Untuk aku pula, aku harap aku semakin berubah dan aku ingin mengubah perpepsi aku tentang kehidupan. Moga aku semakin ceria menghadapi hari yang akan datang kelak.

Popular Posts