Seni-Aku.


Disebabkan aku telah menjadi penganggur terhormat secara rasmi bermula Disember tahun lepas, aku tak tahu hendak berbuat apa. Ayat aku macam skema karangan buku teks tahap 3. Maka pada satu hari, aku ambil pensil dan buat lakaran dalam buku lukisan. Rasa seronok pula aku boleh ekspress apa yang aku rasa melalui lukisan yang aku lukis. Tak la sehebat Emuda lukisan aku. Biasa-biasa sahaja. Namun, seni telah pun jadi aku punya sahabat semenjak dua ini. Entah la. Mungkin aku sunyi sorang-sorang duduk dalam rumah. Sekarang untuk isi borang UPU, aku telah menjadi ragu. Sebab aku tunggu keputusan STPM keluar bulan tiga ini. Aku rasa aku nak pilih dalam bidang pendidikan atau mungkin pendidikan budak kanak-kanak khas. Aku suka budak. Sebab aku tak ada adik beradik. Dan aku tahu perasaan sunyi itu macam mana. Jika aku mengajar budak-budak, tak ada la aku sunyi sangat dan rasa macam meriah pula. Namun, aku berminat juga pada seni. Aku sebenarnya keliru macam mana aku hendak isi borang pilihan pertama, kedua dan ketiga. Aku ingat aku ingin ambil seni bagi pilihan pertama tapi macam tak kena pula sebab aku tak pernah pun belajar seni sejak kecil lagi. Macam tak logik pula. Aku juga harap ada course untuk ambil 'Sejarah Dunia' dalam major course. Aku suka sejarah. Dan aku suka ceritanya. Silamnya dan bacaannya. Aku jenis yang suka membaca sikit je la. Sebab aku rasa dengan sejarah aku dapat belajar banyak perkara. Hmmmm. Aku keliru. Seni atau sejarah ? Atau seni dengan pendidikan ?

Popular Posts