4 tahun.


Dah cukup 4 tahun aku menulis.
Banyak yang aku curahkan dalam blog ini.
Banyak juga emosi yang aku ungkapkan melalui kata-kata dalam blog ini. 
Aku buat blog ini untuk luahkan apa yang aku rasa. 
Pemikiran aku. 
Logik akal aku.
&
Perasaan aku. 
Dulu blog aku nama ; mystyleweird.blogspot.com
Namun, 
Disebabkan sesetengah orang yang hanya membuta tuli mengatakan penulisan aku macam apa sahaja maka aku menukarkan link blog aku menjadi link blog sekarang. 
Mungkin, mereka-mereka itu tidak puas hati dengan penulisan aku,
atau
Mereka tidak suka aku,
atau
Mereka tidak puas hati mengenai perkara yang aku perkatakan ?
Wallahualam.
Biarlah mereka mengatakan apa sahaja. 
Moga nanti Allah bagi hidayah kepada mereka. 
Dulu, aku mengunakan bahasa inggeris untuk taip setiap entry aku.
Namun, mungkin nanti aku akan delete mana post yang aku rasa kebudak-budakan. 
Sebab dulu aku tidak matang.  
Dan hanya meluahkan apa yang aku rasa. 
Mungkin sebab itu ada sesetengah orang tidak suka pendapat aku. 
Moga aku terus teguh dengan penulisan aku. 
Pemikiran aku serta pendapat aku. 
Aku wujudkan blog ini kerana aku dapat tahu perasaan sunyi itu apa. 
Dan mungkin blog menjadi sahabat baik aku kerana aku tidak perlu berpura-pura menampalkan plastik senyuman di muka. 
Disebabkan hanya dengan alasan itu aku sayang blog aku.
Dan untuk blog ini, selamat hari lahir. 

--------------------------------------------------------------------------

Aku tidak tahu mengapa.
Sekarang ini aku suka pandang awan & langit yang jauh dari aku. 
Kebiru-biruan yang boleh menenangkan hati yang sedang gundah-gulana. 
Mungkin ciptaan Tuhan itu menenangkan aku. 
Aku tidak tahu untuk luahkan ekspresi apa terhadap warna awan dan langit. 
Pabila aku sedang taip setiap kata dalam blog ini sekarang, aku mendongak pandang langit. 
Melihat awan yang ditiup angin laju berarak membuatkan aku tersenyum sendiri. 
Mungkin sunyi mencengkam jiwa aku. 
Mungkin kehidupan alam bersahutan menyebabkan aku merasakan bahawa ciptaan Tuhan yang Maha Kaya itu nampak cantik di depan mata. 
Moga aku boleh terus mendongak pandang langit kembali, 
apabila aku merasakan bahawa tiada manusia lagi disisi. 

Popular Posts