Orang Jenis Aku

Untuk aku, aku selalu pendam apa yang terbuku dalam hati aku. Perap lama-lama sampai aku sakit-sakit. Itu orang jenis aku. Bukan apa, aku tak suka bagi orang lain susah hati dan aku tak nak luahkan dari mana. Bagi aku, untuk luahkan perasaan adalah dengan menulis.

Aku banyak tulis puisi yang aku rasa express a lot of my feeling. Kadang-kadang kalau down sangat aku tekup muka dekat bantal then jerit kuat-kuat sampai aku sakit tekak. Aku tak suka cerita problem aku sebab aku jenis orang yang lebih kurang 'suffer in silence'. Walaupun banyak yang telah aku kongsi dengan emak tapi tak serupa macam kita berkongsi rahsia dengan adik beradik. Tak serupa bila kita kongsi rahsia dengan kawan-kawan.

Entahla.

Kadang-kadang aku ragu-ragu dengan jalan hidup yang aku pilih. Terlalu payah jika nak dibandingkan dengan orang lain. Untuk aku berjaya, aku rasa terlalu jauh dan sukar.

Sampai satu masa aku salahkan Allah yang Maha Besar atas segala-galanya. Aku berkata dalam hati kenapa selalu sahaja aku dapat musibah? Kenapa selalu sahaja aku tak rasa aku belong in earth ? Kenapa aku sahaja yang dapat keputusan sebegitu ? Kenapa ?

Then, mak aku kata, jangan kita salahkan Allah untuk segalanya. Mungkin Allah bagi dugaan dekat aku ubtuk ajar aku tentang sesuatu perkara. Mungkin dengan cara itu aku akan menjadi orang yang lebih baik di masa hadapab kelak. Aku rasa sedih sangat. Tersangatlah sedih. Aku dapat ujian begitu. Mak aku cakap lagi, nanti mana tahu satu hari nanti aku akan lebih berjaya daripada orang lain. Mana tahu aku lebih kuat berbanding orang lain. Itu mak aku kata dekat aku. Sebak. Sedih. Kecewa. Itu orang jenis aku.

Popular Posts