Takut

Takut-
Perasaan norma dalam diri seorang manusia.
Tak lari juga perasaan takut dalam diri aku sendiri.

Aku takut dengan banyak perkara.

Terutamanya, apa yang aku akan lakukan pada masa hadapan.
Dapatkah aku menyesuaikan diri dalam alam dewasa yang aku rasa aku tak tahu apa-apa ?

Aku rasa macam aku bermimpi.
Macam aku berada dalam mimpi yang sungguh panjang.
Menghadapi duka serta peritnya untuk berhadapan dengan sebuah realiti dalam mimpi aku ini.

&

Bila aku terjaga, aku bukan rasa selamat namun lebih banyaknya perasaan takut menguasai diri aku.

Terlalu takut.
Aku tak tahu macam mana aku nak terjemahkan perasaan takut itu dengan kata-kata.

Aku banyak berfikir.
Dan aku tersangat takut bila aku akan berhadapan dengan situasi yang akan aku ceritakan nanti.

Kala malam aku selalu menangisi diri aku yang rasanya tiada lagi siapa-siapa.
Aku fikir apabila mak dan abah meningal dunia suatu hari nanti, dimanakah tempat untuk aku berteduh ?
Adakah manusia yang akan menolong aku yang sememangnya tiada siapa lagi disisi ?
Aku terkontang kanting di dunia yang orang lain rasa bahagia.
Namun, sejujurnya tidak bagi aku.

Aku juga takut.
Sekiranya amanah yang arwah adik aku pesan sebelun dia meninggal dunia aku tak laksanakan dengan baik.

Aku tidak tahu untuk bercerita dengan siapa.
Aku tidak tahu untuk luahkan perasaan takut ini kepada siapa.

Aku. Tak. Tahu. Untuk. Luahkan. Dari. Mana.

Aku takut untuk hadapi realiti.
Aku takut aku tak tahu bezakan mimpi dan realiti.
Aku takut satu hari nanti, aku jatuh dan tak mahu bangkit kembali.

Aku takut kalau kemungkinan yang aku telah sebut tadi akan berlaku dalam diri aku tidak lama lagi.

Ya, aku takut.




Popular Posts