Hadapan

Aku tak biasa cakap depan orang ramai. 
Aku jenis yang mudah takut dengan sesuatu perkara.
Lebih-lebih lagi nak kena cakap depan-depan. 
Volume suara aku nanti tak terkawal. 
Ramai orang yang kalau takut, semua suara perlahan. 
Berlainan dengan aku. 
Kalau aku takut, lagi takut lagi suara kuat. 
16 Mei neyh adalah tarikh yang menakutkan bagi aku. 
Sebagai seorang pelajar STPM, aku akan dapat tahu result interview aku. 
Aku akan ditempatkan dekat mana dan akan berhadapan dengan beberapa orang yang akan menilai aku. 
Layakkah aku menjadi seorang pelajar universiti. 
Mudah untuk berkata-kata di dalam hati. 
Tapi, tidak mudah untuk menyampaikannya melalui mulut. 
Kalau boleh, aku mahu peninterview aku baca minda aku. 
Bukan dengan hanya penampilan dan perwatakan luar sahaja diadili. 
Melalui bicara hati dan minda. 
Aku kena berlatih bercakap.
Namun, tiada orang untuk dicakapkan. 
Doakan aku agar dapat menyampaikan maksud yang aku ingin sampaikan dekat penilai ya ?
InsyaAllah, aku berdoa aku dapat tempatkan diri dengan pilihan aku sendiri. 


Popular Posts