Buta.

Aku butakan mata.
Aku butakan telinga.
&
Aku butakan hati.

Tanpa ambil peduli perasaan orang sekeliling.
Tanpa rasa aku yang bersalah untuk semua perkara.
Untuk itu, aku tanpa ragu-ragu meninggalkan diri aku yng dulu.
&
Berusaha sedaya upaya melepaskan kisah silam yang terpendam dalam diri aku.

Buta.
Aku butakan semuanya.

Agar tiada orang hampiri aku.
Agar tiada siapa memandang aku dengan mata penuh sinis.
Agar tiada siapa-siapa dapat selami jiwa aku yang penuh sarat dengan segala macam benda.

Aku tak perlu orang bermuka-muka dalam hidup aku.
Bila ada kesusahan cari aku.
Bila ada kesenangan tinggal aku.
Aku tidak perlukan manusia sebegitu.

Cukuplah untuk 20 tahun aku tahan segala kerenah manusia yang sikapnya sebegitu.

Cakaplah aku apa sahaja.

Tapi,
Aku tetap akan butakan semua.
Sehingga penghujung hayat aku.

Popular Posts