Hidup

Aku dah 20.
Macam mana nak cakap, aku still lagi kekok nak jalani hidup aku.
Aku ada satu habit yang sangat tak baik.
Habit aku adalah 'takut nak cuba semua benda baru'.
Kalau nak cakap untuk hidup, kita mesti move on, aku still tak sure 100% boleh ke aku move on dengan segala benda yang rumit ada dekat bahu aku neyh ?

Still, aku dah cuba tapi...
Aku masih lagi rasa yang hidup aku tak bergerak.
Statik macam tuh je.
Anak orang lain dah masuk matrik, universiti apa semua.
Aku ?
Still hidup aku macam tuh je.

Semalam, aku puasa dengan satu family aku.
Kira abah dengan mak sekali puasa sebab bulan Syaaban.
Then, abah tanya aku tentang apa yang aku nak buat dengan hidup aku.
Masa tengah makan tuh, banyak gila buah fikiran bercampur-baur dalam otak neyh.

Berbakul-bakul idea nak cakap tapi hanya yang terkeluar adalah 'tak tahu'.

Sebenarnya aku ragu-ragu nak bagitahu abah mak cita-cita aku.
Ramai orang tak setuju aku jadi cikgu tadika, then aku berusaha transformer diri aku untuk jatuh cinta dengan Sejarah then i did it.

I love history because i learn a lot from it. I fullfill my time with reading historican books and i find it amused me every time i read the book.

Sejarah banyak bantu aku. Perihal tentang banyak perkara.
Pabila aku menyukai sejarah, aku terfikir, ada skala perkerjaan untuk subjek ini ke ?

Hidup ini ada banyak kerumitan.
Tambah lagi dengan kehidupan aku yang terlalu rumit dan complicated.
Aku nak cuba yang terbaik untuk abah mak.
Untuk Allah Ta'ala.
Dan yang paling penting sekali orang yang tunggu aku di alam sana.

Doakan aku agar hidup aku berjalan lancar.
Supaya aku lebih tenang untuk jalani hidup aku kepada yang lebih baik.
Supaya aku sentiasa tak ragu-ragu tentang pilihan hidup aku.
&
Supaya aku boleh menyukai setiap jalan hidup yang aku pilih.
InsyaAllah.

Popular Posts