Dimana

Kau tak perlu persoalankan Tuhan itu dekat mana.
Sebab sebenarnya kau tahu Dia wujud dalam diri kau dekat dengan hati yang berhubung dengan setiap degupan jantung kau.

Kau tak perlu persoalkan Tuhan itu dekat mana.
Sebab realiti sebenarnya kau sombong angkuh dengan Dia tentang kehidupan dunia kau sampai lupa nak sujud pada Dia.

Kau tak perlu persoalkan Tuhan itu dekat mana.
Sebab kau sebenarnya berpura-pura bila kau susah kau baru ingat pada Dia. Bila kau senang kau tinggal Dia. Kau lupa diri dan kau seronok dengan duniawi.

Kau tak perlu persoalkan Tuhan itu dekat mana.
Sebab sebenarnya kau percaya yang Dia sentiasa ada tapi kau selalu buat-buat lupa yang Dia tak melihat setiap perkara yang kau buat.

Kau tak perlu persoalkan Tuhan itu dekat mana.
Sebab kau sebenarnya tak tahu jalan patah balik untuk kau baiki diri kau.
Kau akhirnya putus asa dan biarkan sahaja diri kau hanyut sampai bila-bila.

Popular Posts