B.
Bertapa gelapnya malam tanpa lampu pelita,
Begitu juga gelapnya hati tanpa Tuhan.
Tanpa kau sedari diri kau siapa,
Kau hanya manusia biasa yang pendosa.
Kau ragu-ragu untuk beriman kepada Dia,
Tapi kau lupa siapa yang ciptakan manusia.
Kau jauh kehadapan tentang dunia,
Namun, sebenarnya kau jauh kebelakang tentang dunia yang kekal selama-lamanya.
Hati kau meronta takut ketika sakaratul maut datang mengambil nyawa,
Tapi, apa amalan yang telah engkau lakukan dekat dunia ?
Dulu aku jauh,
Jauh daripada Tuhan.
Aku takut dengan dosa aku yang tak terhitung banyaknya,
Namun, aku betul-betul mahu diri aku kekal disisi Tuhan buat selama-lamanya.
Aku berubah perlahan-lahan,
Merangkak untuk kenal Yang Maha Esa.
Tak semestinya kita akan sentiasa berada diatas,
&
Tak semestinya kita akan sentiasa berada dibawah.
Berubah.