Pengakuan dari Seorang 'Aku'


Kadang kala hidup sebatang kara tanpa adik beradik membuatkan aku terfikir aku akan berhadapan dengan setiap perkara berseorangan. 
Mereka yang tidak mengetahui kisah hidup aku akan mengatakan aku sebenarnya ceria. 
Tapi, realitinya aku seorang yang suka dibelenggu emosi.  
'Mereka yang benar-benar mengetahui erti ketawa yang sebenar telah mengalami keperitan yang mendalam dalam kehidupan mereka sendiri.'-Musfirah Shalleh
Separuh jiwaku telah dibawa pergi. 
Dibawa pergi oleh angin yang mendatang. 
Tidak mungkin akan kembali lagi. 
Tiada siapa dapat mengisi kekosongan jiwa aku kembali. 
Mungkin, berdoa kepada Ilahi mengubati luka aku sedikit. 
Hanya sedikit. 
Tidak ada 'tapi' ia akan sembuh sepenuhnya. 
Bila aku kehilangan, 
mencari-cari dalam kegelapan.
Terkial-kial menadah kepada Yang Maha Pengasihi, 
supaya dia tidak dibawa pergi; 
Tapi, suratan takdir itu hebat sekali, 
akhirnya dia mengehembuskan nafas yang terakhir tanpa aku disisi.
Kepiluan seorang aku tidak pernah berakhir.
Berfikir bila akan bertemu kembali, 
Tapi tidak akan wujud istilah berjumpa lagi. 
Aku seorang pengecut. 
Ketakutan menguasai diri. 
Melihat dia keseorangan merana kesakitan.
Aku berharap aku berkongsi sedikit kesakitan yang dialaminya. 
Tapi Allah itu Maha Penyayang. 
Diduga sekejap sahaja, 
Akhirnya dia pergi menghadap Ilahi 4 tahun sebelum ini.
Terima kasih kepada dia yang mengajar aku banyak perkara. 
Sekarang aku boleh berfikir dan meneliti mana baik buruk semua perkara.
Dialah yang juga berada didalam kandungan ibuku selepas melahirkan aku. 
Dialah yang berkongsi baik buruk bersama aku.
Kenangan bersama dia tidak akan pernah terhapus dalam ingatan. 
Al-Fatihah kepada dia. 
Mursyidah Mohd Shalleh 
(1995-2008) 


Popular Posts