Kisah Hidup Part 1


Assalammualaikum dan Hello . 
Hari ini aku mungkin akan membuat sedikit perubahan dengan menggabungkan perkataan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. *tapi hari ini update pasal realiti hidup aku.
Setengah jam tadi baru aku habis baca blog Zomb. 
Post blog baru dia memang mencengkam lubuk sanubari jauh dalam hati aku . 
Sebab apa ? 
Sebab Zomb kawan baik aku. 
Kawan yang ajar aku erti sebuah kehidupan. 
Kawan yang buat kerja gila sama-sama. 
Kawan yang ajar aku 'redah je pedulik apa orang nak cakap'. 
Kawan yang first time aku pergi shopping sama-sama. 
Kawan yang first time aku tengok survive kehidupan sorang-sorang tanpa ibu bapa. 
Kawan yang sangat tabah dan kuat bagi aku . 
Walaupun dalam kelas Zomb duduk belakang aku dan tak duduk sama-sama macam kawan-kawan baik yang sedia ada dalam dunia ini, tapi tetap Zomb seorang kawan yang aku tak akan lupa sampai bila-bila. 
Aku tak pernah update kehidupan aku sebagai seorang pelajar Tingkatan 6, kan ?
Baiklah aku update sikit apa yang aku rasa bila masuk sebagai seorang pelajar Tingkatan 6.
Sebagai seorang pelajar yang telah melalui liku kehidupan sebagai salah seorang pelajar Tingkatan 6 yang selalu dipandang serong di mata masyarakat, kadang kala bebanan dan tekanan yang dihadapi sangat menyeksakan . 
Maksud aku, sangat-sangat-sangat menyeksa. 
Bila saudara atau kawan-kawan abah , mak tanya aku sekarang belajar dekat mana ? 
Bila aku jawab aku masuk Tingkatan 6 dan mereka akan jawab kembali dengan "ohhhh.." dengan riak muka yang dapat ditafsirkan iaitu sinis. 
Sejujurnya aku kata result SPM aku luar kebiasaan dari pelajar pandai sebab aku selalu main-main dengan pelajaran. 

Bila keluar keputusan aku sungguh malu dan menyorokkan muka dan beranggapan yang dunia luar akan memandang hina pada aku. 
Inilah kali pertama aku mengaku yang aku sangat malu dengan keputusan yang aku capai waktu SPM dan aku tak boleh berpatah balik. 

Inilah realiti sebuah kehidupan yang aku akan hadapi sampai bila-bila. 
Surat tawaran dari Tingkatan 6 yang merubah segala perpepsi negatif yang sedang aku lalui ketika itu. 

Masa mula-mula masuk Tingkatan 6 aku selalu ragu-ragu. 
Aku selalu kata yang Tingkatan 6 sangat membebankan walaupun subjek yang aku ambil tak lah se'tough' subjek-subjek masa Tingkatan 5. 

Ekonomi, Bahasa Melayu, Pengajian Am, Sejarah & Muet. 
Masa penggal pertama, aku sangat payah menerima hakikat bahawa aku akan duduk sorang dalam kelas yang aku memang tak kenal sebahagian daripada wajah yang berada dalam kelas ketika itu kecuali, Zomb, Shebby, Ain, Eg . 
Buat pertama kalinya aku belajar tentang subjek Pengajian Am, aku rasa sangat bosan dan tak menarik. 
Cikgu yang mengajar pun agak bengis dan selalu moody *yang neyh cakap dalam hati
Setelah setahun berada dalam kelas cikgu ini, barulah aku sedar yang cikgu tuh garang sebab tak nak bagi aku dan kawan sekelas mengantuk. 
Dulu , aku bukan suka sangat sejarah waktu sem 1.
Penghafalan dan keadaan guru yang mengajar dengan hanya membaca teks dalam buku, membuatkan aku mengantuk dan syaiton nirojim selalu bergayut dekat mata neyh . 
Tapi setelah aku berada setahun dalam Tingkatan 6, rupanya cikgu tuh selalu nak tarik point dari buku teks dan walaupun cikgu sejarah aku cerewet, InsyaAllah aku rasa aku boleh survive sejarah kali ini sebab beliau seorang guru yang berpengalaman dalam mencari point untuk survive paper sejarah nanti. 

Dulu waktu Tingkatan 5 aku sangat benci subjek Ekonomi, tapi guru penyelaras Tingkatan 6 sekolah aku bagi jugak aku subjek ini sebab dia kata result SPM aku boleh berpotensi untuk subjek ini. 
Waktu sem 1, aku rasa apa yang aku belajar sangatlah 'haaaakk tuuuuihhh' . 

Aku banyak copy orang lain punya kerja dari aku buat sendiri. Kadang-kadang aku pura-pura tahu padahal tak tahu langsung . Banyak formula yang aku tak hafal dan kerja aku tiru je. 
Tapi akhirnya, waktu sem 2 iaitu sekarang , dengan berkat aku tiru dan aku pulun waktu cuti sekolah bulan 11 & 12 buat subjek ekonomi, aku berjaya 'jatuh cinta' dengan ekonomi dan sebenarnya ekonomi sangat menyeronokkan . 
Bagi Bahasa Melayu, aku rasa aku banyak buat salah untuk cikgu ini. Aku selalu ejek dia dan aku neyh kategori bukan yang baiklah. Aku jugak selalu tak ambik pusing apa yang dia marah aku waktu aku buat karangan silap dan banyak kesalahan bahasa yang aku lakukan aku tak perbaiki. 

Namun satu hari, aku macam tersedar. Aku tak pernah berubah dari diri aku masa Tingkatan 5 . Aku masih sama. Aku masih bodoh dan selalu mengutuk cikgu . Sebab itu ilmu yang aku dapat tak berkat dan tak berjalan dengan lancar. Sebab itu result aku sangat sadis dan aku rasa aku tak boleh hidup macam ini. 
Maka, sebab cikgu itulah aku mula belajar untuk hormat cikgu, walaupun kadang-kadang aku marah dengan ragam cikgu neyh yang pelbagai, tapi aku tak kutuk dan hanya tunduk hormat sebab aku ingin berubah . 

AKU PERLU BERUBAH . 
Aku tak boleh jadi aku yang dulu. 

Yang jahil dan tidak mengetahui bertapa seronoknya pelajaran. 
Aku tak mahu lagi dimalukan dan aku ingin berjaya. 

Aku nak tengok penghujung akhirnya mak dan abah berikan senyuman kerana aku berjaya. 
Bagi Zomb , 
Gua mintak maaf sebab gua tak perihatin terhadap mung. 
Gua tak pernah tahu apa yang mung rasa waktu ada dalam kelas dan mungkin mung rasa terpinggir. 
Zomb, mung ingat tak waktu first sem hujung tahun lepas waktu cuti yang kita hangout tuh gua cakap, 'Zomb, gua mungkin nak berhenti sebab gua rasa subjek yang gua amik memang gila. Kenapa gua pilih jalan neyh ?" 
Mung ingat tak mung jawab apa ? Mung jawab , "Ala Ciel, dah habis sem 1 neyh lagi setahun. SETAHUN je. Lepas tuh dah habis dah seksa." 
Gua pegang kata-kata mung tuh sebab gua nak tengok mung berjaya sama-sama . 
Tapi sekarang , gua rasa mung semakin jauh , semakin tak nak kawan dengan gua dan gua rasa macam mung menjauhkan diri dari gua. 
Tak apalah Zomb. Mung tak nak cerita tak apa. 
Gua pun pernah melalui fasa yang gua rasa gua nak give up untuk semua benda dan gua lalui fasa tersebut waktu gua Tingkatan 2 masa kubur arwah adik gua masih merah . 
Untuk Zomb ;
Zomb , take your time. Don't rush . Allah give us feeling to feel emotion , helpless and sometimes discourage because we are not perfect liked Muhammad SAW, we are not strong like Hulk or Superman or other superhero . I know, you feel that all people blame on you and you feel nobody cares about you . Be strong & Stay Strong . Whatever decision you make, i'll keep supporting you. This is my job as a friend and as a friend that cared about you a whole a lot, be strong. No one blame on you . Keep smiling and fulfill your duty as Hongki girlfriend. I care about you and remember i'm always beside you whenever you need me i will always be there . 
In you memories,  Your BFFL - Musfirah Shalleh 
P/s- Update kali ini panjang gila . Maafkan kalau ada tersalah tutur kata dan bicara.  

Popular Posts