Manusia

Manusia yang Allah hidupkan di dunia ini ada pelbagai watak.
Kita tak akan pernah tahu kita akan berhadapan dengan ragam manusia yang pelbagai kelak. 
Kadang-kadang apa yang kita cuba dan buat yang terbaik tak semestinya diterima baik oleh orang lain.. 
Walaupun kita berusaha dan membuat tugasan yang diberikan selengkapnya kalau manusia itu berperangai buruk sangka kepada kita apa yang kita lakukan semua akan salah. 
Perkara macam ini memang aku sangat benci. 
Aku tak suka mereka yang berperangai begini. 
Macam berpura-pura dan hipokrit dan hanya menyalahkan orang lain atas tugasan mereka.
Melalui pengalaman aku yang tak seberapa ini, aku sudah menempuhi manusia yang berperangai sedemikian. 
Walaupun dia merupakan seorang yang lebih tua berbanding aku, namun dia asyik menyerahkan tugasnya kepada mereka yang tidak mengetahui apa-apa dan hanya tahu menunding jari sahaja. 
Sepatutnya dia sebagai seorang yang tua patut membimbing dan mengajar aku tentan selok belok bagaimana untuk melakukan tugasan tersebut tapi dia bagai 'angin lalu' sahaja. 
Aku dan manusia tersebut sangat berbeza.
Aku tidak bersefahaman dengan dia dan dia juga tidak mendengar apa yang ingin aku sampaikan. 
Dia tidak mahu bekerjasama dan hanya tahu untuk mengarah sahaja. 
Aku dan dia tiada hubungan dua hala dan ini menyebabkan banyak salah faham dan tugasan yang diberikan bercampur aduk. 
Aku tidak tahu mengapa aku harus bekerjasama dengan manusia yang sebegini dan mungkin ada hikmah yang ingin Allah berikan kepada aku supaya berlajar menghadapi kesusahan untuk berhadapan dengan ragam manusia yang sebegini. 
Mungkin betul apa yang pernah mak aku cakap. 
"Orang yang tidak menyukai kita itulah yang akan selalu dekat dengan kita."
Sebenarnya ikutkan hati, aku mahu sahaja luahkan perasaan yang aku tidak boleh lagi bekerjasama dengan dia kerana dia tidak menghormati aku dan tidak juga membimbing aku ke jalan yang betul bagi melakukan tugasan sedemikian yang telah diberikan. 
Namun, memikirkan aku ini lebih muda daripadanya dan untuk mengungkapkan kata sedemikian mungkin akan dianggap sebagai 'kurang ajar'.
Aku pendamkan sahaja rasa tidak puas hatiku agar dia sedar satu hari nanti bertapa bernilainya aku di sisi dia. 
Aku juga berdoa agar Allah lembutkan hatinya dan tidak selalu menyerahkan tugasannya kepada orang lain. 
 

Popular Posts