Lampau.


Kerana aku bukan manusia luar biasa. Kerana aku boleh rasa apa itu sakit hati dan apa itu perasaan terluka. Kerana aku manusia lemah yang hanya boleh menitiskan air mata. Dan sekarang, aku lelah tanpa mahu bangkit kembali. Mana diri aku yang dulu ? Aku bukan lagi diri aku yang dulu. Bukan aku tidak mahu untuk melupakan kata-kata mereka. Tapi cukuplah setakat ini sahaja. Aku ingin bebas, tanpa dengar kata cacian di belakang aku. Cukuplah dengan mulut-mulut mereka yang hanya mengeluarkan kata-kata berbisa. Aku sudah malas. Ya, malas untuk berhadapan dengan mereka yang hanya berpura-pura baik didepan aku sahaja. Mereka bukan sahaja tidak membesarkan aku, malahan mereka tidak pernah curahkan sedikit kasih sayang kepada aku mahupun arwah adik. Cukuplah setakat ini sahaj membekalkan aku dengan memori derita. Biarlah sampai disini sahaja. Berilah aku peluang untuk hidup hanya dengan diri sendiri dan abah mak sahaja. Biarkan aku sendiri. Biarkan dan jangan tegur aku untuk sekalian kalinya. Cukuplah kerana mereka semua menyebabkan zaman kecil aku penuh duka. Alangkah, untuk memakan sedikit biskut sahaja sudah dimarahi bagaikan aku dan arwah adik makan setin biskut. Untuk meminta sedikit air masak sudah dimarahi mengatakan aku dan arwah arwah adik tidak malu untuk makan minum disana. Cukuplah. Aku ingin melupakan derita yang telah mereka semua berikan kepada aku. Terima kasih kerana mengajar aku erti siapa yang baik dan siapa yang buruk. Terima kasih.

Popular Posts