Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular
bonda takkan berundur
Nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata
ambil yang sarat duri
Hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
Ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda
Hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
Nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
**Bagi aku, lagu ini sangat sedih. Untuk aku, yang dahulunya tertutup hatinya untuk berkata dengan mak, aku fahami lirik ini. Sebagaimana hebatnya kita sebagai seorang manusia, tidak kiralah jadi billionaire ke apa semua, ibu/ mak/ mama/ ummi/ mummy/ mama (dan apa sahaja gelaran mak didunia ini) merekalah yang akan berdiri dibelakang kita. Yang menyokong untuk kita. Yang hanya ingin yang terbaik untuk kita dan juga yang melahirkan kita untuk melihat dunia yang luas. Kadang-kadang aku menyesal bila aku fikir balik mengapa perubahan emosi aku satu ketika dahulu, aku selalu menyalahkan emak aku dalam apa jua perkara. Aku sedih bila aku kenang kembali. Namun, itu semua dahulu. Aku sekarang akan selalu berdoa untuk mak dalam apa jua perkara. InsyaAllah. Aku berubah dan aku akan terus berubah. Moga Allah SWT selalu bantu aku. Selalu cekalkan hati aku. Mak. Terima Kasih.