Tiga


Aku bukan nak bercerita tentang Ultraman Tiga atau pasal sejarah Bintang Tiga.
Aku nak bercerita tentang sebutan yang sering mak aku guna. 
Bilang sampai tiga. 
Aku sedang duduk depan rumah hirup angin petang. 
Sedang aku asyik mengelamun aku dengan jeritan jiran. 
'Mak bilang sampai tiga. Siapa tak masuk siaplah.'
Aku teringat waktu aku kecil. 
Sama dengan arwah adik aku. 
Waktu tuh senja macam maghrib la.
Kira arwah adik aku dengan aku suka explore setiap ruang genap rumah. 
Kitaorang kalau main memang tak ingat la waktu. 
Sedang asyik aku dengan adik main kitaorang dengar mak panggil balik masuk rumah. 
Masa tuh belum lagi dewasa, pegi main badminton dengan bebudak lelaki. 
Aku dengan adik buat tak hairan je seruan mak. 
Lepas tuh mak jerit lagi sekali. 
Buat tak endah lagi. 
Kali ketiga, mak kata, "Mak bilang sampai tiga. Siapa tak masuk mandi dengan maghrib lagi siaplah". 
Kemudiannya mak bilang: 
Sattttttttu, 
Duuuuuuuuuuuuaaaa, 
Tiiii.......... *aku dengan adik kelam kabut campak raket badminton dengan campak selipar masuk rumah berebut* ....gggggga
Punyalah power mak aku punya kuasa bilangan 'tiga' tuh. 
Memang mak aku punya peraturan tentang nombor tiga. 
Mak je yang berkuasa untuk sebut nombor tuh. 
Sekarang neyh bila aku dah dewasa, macam rindu gila nak dengar bilangan tiga daripada mak. 
Masa dulu arwah adik aku lagi.
Walaupun kena cubit macam mana pun, aku dengan arwah adik boleh lagi gelak-gelak.
Tengok jelingan power mak pun boleh senyum lagi.
Itulah kenangan waktu kecil.
Takut sangat dengan bilangan mak yang nombor tiga tuh.
Aku neyh budak zaman silam.
Main pelepah kelapa tarik dekat tar jalan raya.
Budak zaman aku dulu bukan  macam budak zaman sekarang.
Semuanya aktiviti indoor.- main game.
Mana pernah dengar mak jerit panggil bilang sampai tiga *kecuali jiran aku*.
Tapi, itulah memori dulu.
Pasal mak bilang sampai tiga.

Popular Posts