Menulis dalam monolog hati.

Termenung jauh fikir idea nak update blog. 
Namun apa yang ingin disampaikan langsung tak terkeluar melalui pencernaan otak.
Maka, aku menaip sahaja apa yang sedang aku fikir tanpa ada olahan langsung oleh tatabahasa yang ada dalam kepala ini. 
Menaip dan terus menaip. 
Tanpa ada halangan dan arah tujuan.

-------------------------------------------------------------------------------

Aku suka menulis. 
Sebab sedari aku aku suka menangis. 
Kalau aku gembira aku akan menangis dan kalaupun aku berduka aku tetap juga akan menangis. 
Maka dengan cara untuk tidak bagi aku menangis, aku akan coretkan kisah aku dalam sekeping kertas mahupun buku yang selalu aku bawa kemana-mana. 
Mungkin dengan cara ini aku lebih senang begitu sahaja. 
Entah sejak bila aku bertukar menjadi begini. 
Biarlah tiada siapa baca penulisan aku kerana aku beranggapan bila aku tua nanti aku akan ingat apa yang berlaku pada masa muda aku. 
Mungkin juga nanti bila aku sudah tiada suatu hari nanti, 
ada juga orang mengambil nasihat, iktibar atau membaca apa yang terbuku dalam fikiran aku pada ketika itu. 

-------------------------------------------------------------------------------

Baru-baru ini satu kejadian yang tidak diduga telah berlaku dalam sekelip mata. 
Kapal terbang jenis Boieng 777 yakni MH 370 telah hilang dan lenyap tanpa ada sebarang bukti yang tinggal. 
Lenyap sebegitu sahaja. 
Tanpa ada petunjuk.
Tanpa ada kesan.
Serta, 
Tanpa ada sebarang bukti yang kapal terbang tersebut pernah wujud di muka bumi ini.
Perkara tersebut membuka fikiran aku sedalam-dalamnya.
Jujur kata, aku terkejut dan kecewa. 
Tak pernah lagi aku merasa sedemikian.
Aku terfikir kalaulah aku berada dalam kapal terbang tersebut, mungkin sehari sebelum kapal terbang tersebut hilang, adakah aku sudah puas berjumpa dengan abah dan emak dekat dunia ini ?
Sudah cukupkah kehidupan aku untuk dihitung nanti ? 
Bila aku berfikir sedemikian rasa aku macam hilang bersama-sama dengan penumpang yang berada dalam kapal terbang tersebut. 
Kasihan pada ibu bapa mereka yang menunggu sejak dari hari kejadian tersebut di balai ketibaan mengharapkan agar anak-anak mereka tidak mengalami kecederaan apa-apa mahupun mereka mengharapkan anak mereka masih hidup. 
Aku pernah merasakan kehilangan sebegitu. 
Yang jujurnya, mengambil separuh jiwa aku. 
Begitu perit untuk bangkit tanpa mengenang apa-apa. 
Mengambil masa berbulan dan mungkin bertahun untuk menghilangkan luka tersebut. 
Harapan aku, moga kapal terbang tersebut dapat dijumpai. 
Harapan aku, agar ibu bapa penumpang tidak bersedih melihat anak mereka dan ketawa gembira menyambut mereka dengan tangan terbuka. 
&
Harapan aku, moga Allah SWT memberi satu keajaiban kerana kita telah berusaha dengan sesungguhnya. 

#PrayForMH370 . May Allah always be with them. 


Popular Posts