Mimpi

Sejujurnya aku tak tahu aku patut luahkan rasa ini atau tak.
Rasa sedih.
Rasa terharu. 
Rasa gembira.
Rasa takut.

------------------------------------------------------------------------------------------

Aku dapat tahu result STPM hari ini.
Susah nak gambarkan perasaan aku.
Namun, aku terharu yang Allah dengar suara hati aku.
Aku terharu yang Allah boleh ubah keputusan aku 360 darjah yang aku tak expect pun aku dapat macam tuh sekali.
Alhamdullilah, segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Sebab itu mungkin apa yang mak aku cakap itu betul sebetulnya.
Apa yang Allah beri mungkin itu yang terbaik bagi kita.
Redha itu penting dalam apa jua perkara.
Jika kita redha tanpa berusaha itu perkara sia-sia.
Tapi, jika kamu sudah berusaha dan redha nescaya tanpa ragu Allah akan beri kamu nikmat yang patut kamu nikmati setelah berkerja keras sepanjang masa.
Mak cakap dengan aku macam tuh.
Buatkan aku buka mata, namun perasaan takut itu tetap ada.
Aku manusia yang punya perasaan.
Yang tak boleh lari daripada banyak perkara.

Hari ini hari paling manis sepanjang aku menjadi pelajar Tingkatan 6.
Mungkin bagi sesetengah orang yang lebih genius daripada aku, result aku ini hanya sepetik jari sahaja, namun aku bersyukur sangat result aku begini.
Ramai orang perli aku yang hanya sekadar menjadi pelajar 'Form 6' sahaja.
Yang pakai baju sekolah walhal dah umur 18-19 masa itu.
Tapi, aku cekalkan hati, tawakal yang aku nak belajar kerana Allah, kerana mak, kerana abah & kerana arwah adik aku.
Aku lepaskan tawaran-tawaran yang aku dapat semata abah tak bagi aku masuk.
Sebab aku ingat ada satu buku yang aku baca cakap, redha ibu bapa itu penting dalam semua perkara yang kita buat.
Sebagai anak aku buat yang terbaik aku boleh buat dan hasilnya aku diberi keputusan sebegini baik.
Alhamdullilah.
Alhamdullilah.
Alhamdullilah.
Aku telefon abah, then abah cakap tahniah.
Lepas tuh abah cakap,
'Berkat kamu jaga abah sakit kot. Kamu tak merungut pun walaupun kamu baru balik sekolah dan abah minta tolong ambil itu ini. Sebab itu kot kamu dapat rezeki Allah bagi begini. Tahniah, Firah.'
Masa abah cakap macam tuh dekat telefon, aku rasa macam nak menangis.
Namun, aku tahan sebab aku tahu, abah bangga dengan aku.
Allah, Terima kasih ya Allah dengar suara hati aku hamba yang banyak berdosa.
Allah, terima kasih bawa senyuman kepada orang tua aku, keluarga terdekat aku dan aku sendiri.
Allah, sampaikan salam aku pada adik yang ada dekat sana.
Kalau arwah adik aku hidup, pasti dia orang pertama yang akan peluk aku dan ucap taniah banyak kali dekat aku.
Aku tahu percaturan Allah lebih baik dalam hidup aku.
Serta, aku redha atas segalanya.
Terima kasih Ya Allah.
Atas semua nikmat yang Engkau berikan kepada aku.
Terima kasih.
Terima kasih.

& Terima Kasih .

Popular Posts