Suara Alam.

Aku membesar dengan suara alam. 
Dalam kata lain suara semula jadi. 
Suara angin. 
Suara air. 
Suara hujan. 
Suara haiwan. 
Serta, 
Suara manusia. 

Macam hari ini, aku tengah angkat kain, 
aku mendongak pandang langit dan tiba-tiba suara angin menampar gegendang telinga aku. 
Suara angin begitu nyaman. 
Walaupun cuaca sekarang memang panas dan berkemungkinan kemarau, 
namun ciptaan Yang Maha Kuasa amat hebat. 
Aku merasa rendah diri pula seketika. 
Bertapa kerdilnya diri aku bila aku sentiasa terleka dengan pelbagai perkara dan bukan mengingatiNya. 

Bagi suara haiwan, disebabkan abah aku seorang pencinta haiwan,
pelbagai spesies binatang ada dalam halaman rumah aku. 
Dan suara daripada haiwan sentiasa penuhi segenap rumah aku. 
Suara haiwan, kadang-kadang buat kita sedar yang ada juga makhluk lain selain manusia diatas bumi ini. 
Suara haiwan. 
Mengingatkan kita tentang amal ibadat yang kita lakukan. 
Sebagai contoh, kokokan ayam yang bergema sewaktu subuh adalah untuk mengerakkan kita supaya bangun untuk mengingati Allah Yang Maha Berkuasa. 
Oleh itu, suara haiwan merupakan suara yang Allah SWT turunkan ke atas bumi ini untuk tujuan beramal ibadat kepadanya. 

Suara manusia. 
Yang paling banyak berdosa dan pahala. 
Bagi manusia yang seperti aku, mungkin lebih banyak berdosa berbanding dengan pahala. 
Kerana, 
suara manusia boleh kadang-kadang menjadi satu bencana seperti fitnah, bohong, bercakap besar dan sebagainya. 
Suara manusia juga boleh menjadi suatu suara yang mengajak kita bertaubat. 
Yang digunakan untuk mengajak kita supaya sentiasa berzikir mengingati Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 

Suara alam. 
Banyak kegunaannya. 
Mungkin bagi kita yang tidak peka, suara alam hanya perkara mudah sahaja. 
Namun, 
suara alam merupakan suatu nikmat yang diturunkan Allah SWT untuk kita ingatkan diri kita kepadaNya. 

Popular Posts