Cerita-Form 6

Mata lihat ke seluruh perosok bilik.
Terpisat-pisat bangun mengalahkan orang baru bangun tidur.
Entah, aku rasa aku tak tidur.
Tapi kenapa rasa macam baru sangat bangun.
Kadang-kadang aku memang macam neyh.
Aku boleh tidur dengan mata terbuka.
Dulu waktu sekolah lagi teruk.
Time waktu sejarah aku letih sangat buat pbs, aku tenung buku.
La.. rupa-rupanya aku tidur dengan cara duduk.
Sampai tak sedar cikgu sejarah aku panggil sepuluh minit yang lalu.
Lepas aku tersedar, aku pandang orang kiri kanan semua tenung aku gelak-gelak.
Ciss, kawan pun tak nak tolong aku.

Aku sebenarnya ada banyak cerita.
Paling banyak cerita tentang masa aku masuk Tingkatan 6.
Ramai tak setuju aku masuk tingkatan 6. Maklumlah, semua orang kata budak yang masuk form 6 semua budak yang teruk dan gagal sahaja.
Pandangan orang.
Aku biarkan sahaja.
Redha mak abah yang penting.
Result aku tak ada la teruk mana waktu spm.
Still lagi boleh survive kalau aku rela masuk matrik.
Tapi, macam aku cakap tadi, mak abah adalah pendorong aku untuk terus berjaya.
Aku ikut cakap mak dan memang tak sia-sia aku masuk form 6.

Aku banyak belajar benda baru.
Aku banyak mematangkan diri aku.
Aku banyak belajar untuk bermula dari bawah hingga mencapai target yang aku hendaki.

Siapa kata masuk form 6 neyh tak best ?
Best.
Sangat best.
Kawan-kawan semua akan kenal rapat satu sama lain.
Semua akan macam satu family.
Kalau ada info semua orang akan dapat info tuh.
Kelas aku boleh dikatakan kelas terbaik yang pernah aku duduki.
Entah, tapi memori daripada setiap orang aku still ingat lagi.
Kawan terbaik aku mestilah orang yang duduk kiri kanan aku.
Shebby & Awan.
Cerita mereka lebih banyak dalam memori aku.
Shebby, seorang yang berusaha kuat utk memajukan diri sendiri.
Awan, minah melayu yang boleh cakap cina yang ajar aku tentang jangan cepat mengalah kalau nak cari jawapan ekonomi.
&
Cerita kawan lain lagi.

Anis, kawan yang sangat kuat memori dia. Pelajar terbaik sejarah dan selalu ada sapu tangan dekat tangan dia.
Gomez, seorang rakan yang sangat baik hati. Jiwa dia lembut dan dia ada pemikiran yang sama dengan aku.

Aku ada banyak lagi cerita tentang Amalina, Arfah, Maton, Eg, Ecah, Ena, Mun, Sharip, Merul.

Yang aku boleh olahkan adalah mereka yang terlalu rapat dengan aku.
Maka, banyak cerita yang boleh aku tulis dekat sini.

Waktu aku form 6, aku sertai pengakap kelana.
Yang tak boleh aku lupa adalah perkhemahan yang ada dekat sekolah dalam hutan.
Betul, aku tak tipu bila aku kata ada sekolah dalam hutan.
Aku tak pernah sangka ada sekolah dekat situ.
Masa tuh ceritanya-aku, awan, maton, arfah dan rakan kelas lain yang sertai perkhemahan ini hanya diberitahu 2 hari sebelum berangkat untuk ke sekolah tersebut.
Hati memang rasa berdebar bagai sebab kitaorang macam bidan terjun la.

Haaa, sampai sekolah tersebut, memang kata la, kitaorang teragak-agak utk buat banyak perkara.
Ye la..
First time ditempat baru dan memang kekok gila.
Tapi nasib baik aku dengan rakan lain kena bertugas untuk jagakan budak sekolah rendah.

Aktiviti waktu petang setelah kitaorang tiba adalah dengan memasang khemah. Tapi nasib baik, untuk budak sekolah rendah, banyak cikgu yang hulurkan bantuan untuk bantu budak-budak tuh pasang khemah.
Selesai satu kerja dan aktiviti waktu malam adalah untuk buat ujian untuk budak sekolah rendah, untuk naikkan lencana diorang.
Best waktu neyh sebab diorang panggil aku cikgu. Hahahahaha.
Aktiviti berlanjutan sampai pukul 12.00 malam.
Then, lebih kurang pukul 3-4 pagi macam tuh, hujan turun lebat sangat.. semua pelajar tak kira pelajar menengah atau rendah, dikehendaki untuk beredar daripada khemah masing-masing.
Yang tak boleh aku lupa adalah waktu tuh aku kesian tengok budak sekolah rendah yang menggigil kesejukan. Tidur dekat dewan terbuka dengan hanya berlapikkan selimut kain pelikat sahaja.

Hari baru telah tiba...
Kitaorang-aku & rakan kena basuh ayam untuk makan tengah hari.
Aku tak pernah basuh ayam sebanyak itu.
20 ekor yang dipotong 8 kalau tak silap aku...
Jujur aku kata, masa tuh rasa macam, ya Allah penat gila.
Memang penat yang amat sangat.
Tapi sebab tugas kitaorang macam tuh...memang kena buat.
Namun, banyak cabaran juga yang kitaorang hadapi.
Guru sekolah lain yang tak nak saling membantu.
Guru sekolah lain yang banyak 'demand'.
Banyak sebenarnya, tapi aku tetap anggap pengalaman pengakap ini adalah pengalaman berharga kepada aku.
Cerita tentang pengalaman ini banyak mematangkan diri aku sendiri.

Aku... tak pernah kata aku menyesal masuk tingkatan 6.
Bagi aku, sekiranya kita dah lakukan yang terbaik dengan kehidupan kita, maka semua benda tak akan pernah jadi sia-sia.
Banyak sebab yang boleh aku bagi alasan untuk tidak memasuki form 6.
Tapi mengapa aku tidak melawan bila mak abah kata, masuklah form 6, mana tahu rezeki kamu ada dekat situ?

Kalau aku melawan dulu tak nak masuk form 6, aku tak ada peluang nak jaga abah aku waktu abah aku excident.
Aku tak ada peluang kenal rapat dengan kawan yang banyak bantu aku.
Aku tak ada peluang untuk kenal sifat manusia lain.
Aku tak ada peluang untuk analisis perangai & sikap orang lain.
Aku tak ada peluang lihat rakan lain struggle untuk belajar , buat pbs sendiri dan bertanya itu ini kepada cikgu sendiri.

Tujuan aku cerita pengalaman aku belajar di tingkatan 6 adalah untuk buka mata dunia supaya tidak menghina, memprovoke dan memandangan sinis pelajar tingkatan 6.

Walaupun aku still pakai baju sekolah walaupun dah berumur 18-19 tahun,
Walaupun aku still terikat dengan peraturan sekolah walaupun dan berumur 18-19 tahun,
Walaupun aku tak boleh bebas dengan banyak perkara...

Namun , Tingkatan 6 banyak mengajar aku erti hidup berdikari dan usaha mencari diri aku sendiri.
Usaha, Berdikari & Berdiri teguh atas kemahuan diri sendiri yang aku dapat belajar waktu aku berada dalam tingkatan 6 ini.

Popular Posts