Nafas

Aku belajar hidup berdikari.
Jauh daripada abah mak ;
Buat aku terfikir-aku nak berjaya.

Aku belajar hidup berdikari. 
Bermula daripada kosong. 
Berkongsi hidup dengan manusia yang aku tak pernah kenal.-Totally strangers. 
Mungkin Allah dah aturkan perjalanan hidup aku. 

Setiap kali aku berdoa. 
Moga aku diketemukan dengan orang yang boleh mendorong aku menjadi lebih baik pada masa hadapan. 

Dulu, masa silam aku. 
Yang penuh dengan fikiran gelap aku. 
Aku hidup dalam kepompong kritikan fikiran aku sendiri. 
Tanpa peduli siapa di sisi. 
Tanpa pernah kenal erti bersyukur. 
Tanpa ada niat untuk terus berjalan.

Dulu, aku takut untuk melangkah maju kehadapan. 
Takut untuk mencuba banyak perkara. 
Perasaan takut yang menyebabkan aku tenggelam dengan emosi.
Tenggelam sedalam-dalamnya.

Aku masih baru lagi untuk bernafas di tempat baru ini.
Namun, aku rasa bersyukur kerana aku ambil langkah untuk maju.
Untuk melangkah meninggalkan diri aku yang dulu.
Yang penuh sifat prasangka.
Yang penuh dengan perasaan takut.

Tak salah mencuba.
Jika aku jatuh, aku akan bangkit semula.
Tujuan aku ingin berjaya- aku nak kenal erti hidup.
Aku nak betul-betul berjaya.
Kerana Allah sebenarnya sayang aku.
Sebab itu Allah SWT bagi dugaan kepada aku dengan payah pada masa lampau.
InsyaAllah.
Aku akan cuba.
Cuba sedaya upaya untuk nafas baru ini.

Popular Posts